Followers

Saturday, September 15, 2012

Jangan Bersedih







Saat kita menempuhi onak duri dunia, ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. Saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira bagaikan silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. esok, lusa, mana tahu kita akan mati.

Wahai Hamba Ilahi,

Allah mendugamu bukan kerna Dia mahu menyusahkan dirimu tetapi Dia ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNya..

Ingatlah, Allah tidak pernah melupakan kita tetapi mungkin kita yang selalu melupakanNya, melupakan ayat-ayatNya, melupakan nikmat-nikmat yang telah kita pinjam dariNya..

Ketika kita senang, dengan enteng kita meninggalkanNya. Ketika kita susah, kita meraung menyeru namaNya. tidak malukah kita padaNya? Sedarlah! kita hambaNya bukan siapa-siapa. Jika tidak kerna kasih sayangNya kita tidak akan dapat merasai apa yang kita miliki ketika ini..

Sedarlah jiwa-jiwa yang terleka.

Hadapilah segala ujian dengan rasa kehambaan kepadaNya. Tersenyumlah kerna setiap kesulitan itu pasti akan disusuli oleh kemudahan. Sesungguhnya dugaan dan ujian hadir dalam hidup kita adalah tanda sayangnya Allah pada kita. Oh untungnya kita.

Ayuh kembali menjadi hamba-Nya, kesilapan yang lalu jadikanlah sebagai pengajaran buat kita agar terus berjaya di masa depan. Jangan biarkan kegagalan itu membunuh jiwa kita untuk terus bangkit.

Buatmu wahai jiwa–jiwa yang terluka..

Jangan bersedih, kerana qadha’ telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah pun dilipat, dan setiap perkara telah ditetapkan! Betapapun, kesedihan anda tidak dapat mendahulukan atau menta’khirkan kenyataan yang terjadi, dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang telah ditetapkan.

Jangan bersedih, kerana kita telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya. kesedihan demi kesedihan bakal membuat kita semakin terperuk dalam keputus-asaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan.

Jangan bersedih, sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan anda. Oleh sebab itu, jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengan ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang mensia-siakan waktu.

Wahai hamba Allah, iaitu saya dan kamu..

Gara-gara kesedihan, air yang manis akan terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar dan bunga mawar yang mekar mewangi terus menjadi layu. Kita sendirilah yang menggerakkan saraf pemikiran kita, mengubah situasi kita, meletihkan hati kita dan menganggu tidur kita dengan rasa kesedihan itu.

Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir airmata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya kita di sisi Allah. Jika kita soal pada hati kita yang paling dalam. Berapa banyakkah dosa kita? Sikitkah? Banyakkah? Terhitungkah? Allahu Rabbi… Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita serta menggerakkan hati-hati kita supaya sentiasa bertaubat kepadaNya agar diri kita tidak tenggelam dengan dosa-dosa yang menggelapkan hati lalu memadam nur hidayah yang diidami.. Sama-sama kita renungi diri kita ini lebih-lebih lagi yang menulis ini dan sahabat-sahabat yang dikasihi. InsyaAllah, semoga Allah redha ke atas kita semua.



Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.. jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.. buat pedoman.



“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)

Wednesday, July 11, 2012

Hanya padamu ku berserah



Alhamdulillah aku masih dapat menghirup udara pagi di bulan Syaaban ni..tinggal x bpa lama lagi kita akan menyambut Ramadhan...hari ni lepas sahur aku tergerak hati nak menulis di sini...dah lama gerobok ini sepi...masih ada ke org yg nak baca coretan ku ini...thanks kpd silent reader....dugaan datang dalam hidup tanda Allah sayang kita...kadang2 rasa x kuat untuk menghadapinya..tapi bila kita dah mengalaminya baru kita tahu sebbenarnya kita lebih tabah n kuat dari dijangkakan...kadang2 kita lihat orang lain bahagia je hidupnya..tapi kita ni musibah datang tak putus2...Sebenarnya bila musibah datang itu tandanya Tuhan nak bagi rahmat untuk kita...dia tarik sedikit nikmat untuk menguji sejauhmana kesabaran kita..kalau kita sabar dan redha Insyaallah ...Ada orang bergembira dengan musibah orang...bertepuk tangan..puas hati...tapi tanpa dia sedari Allah tu maha adil..klu hari ni kita kat atas..renung2kanlah rumput di bumi..mana tahu satu hari nanti kita pun akan ditimpa musibah....

Begitu juga dengan hidayah Allah..dia akan bagi kepada sesiapa saja yang dia kehendaki..Jangan mudah kita menghina orang atas kesilapan silam..Setiap manusia buat kesilapan...Pintu taubat sentiasa terbuka...kepada insan2 yang diuji..tabahkan lah hati..sesungguhnya setiap yang terjadi itu ada hikmahnya...Bila kita redha dengan Allah...Insyaallah pasti ada jalan....dan Allah mudahkan perjalanan hidup kita...

Ya Tuhan kami,
curahkanlah kesabaran atas kami
dan teguhkanlah pendirian kami
serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir.

Ya Tuhan kami,
janganlah kau palingkan hati kami
setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadhirat-Mu rahmat
karena Engkau adalah Yang Maha Pemberi.

Ya Allah kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman,
dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku,
maka berilah penghalang antaraku
dan antara syaitan serta perbuatannya.

Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram,
yang percaya pada pertemuan dengan-Mu
dan redha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.

~ Aminnnnn ~

Sunday, June 10, 2012

Wajah Rahsia Hati...



Dah lama sangat aku menyepikan diri..tah nape petang ni terlintas nak bercerita kat sini..mungkin ada yg rindu nak dgr celoteh aku kan...maybe ada silent reader yang setia follow penawar hati ni..rasanya dah lebih 6 bulan blog ni sepi kan..tapi tuannya tak sepi...terlalu sibuk..itu lah jawapan sebenarnya...hehe..macm yb le pulak..maklumlah nk pilihanraya ni..keke..ni tidak ada kena mengena ngn pilihnraya dan yg sewaktu dengannya..

Aku terlalu sibuk ngn berbisnes..wah..macam le bisness besar sgt kan..takde la..bisness kecik2 je..sebab aku la bos n aku lah kuli..agknya tu yg menyebabkan hidup dah jadi huru hara sket..x reti nk manage lagi..mana dengan nak keje lagi..pastu nk siapkn tempahan lagi... last2 terpaksa tolak tempahan dengan rasa bersalah...yang paling sedihnya minggu lepas la...buat tempahan untuk 1000pcs apam ladybird....lepas siapkan sume tempahan tu..rasa macam dh x daya sgt nk buat apa2 lagi..sedangkan tempahan masih ada..pastu dengan batuk yang menjadi2..akhirnya terpaksa jugak menolak dgn rasa yg teramat berslah pd customer...aku ni mmg sush nk cakap tak boleh n nk hampakan org..tp apakan daya...Apapun aku rasa ini adlah pilihan yang terbaik dalam hidup aku..berniaga..nape la dari dulu aku x prasan yg bakat aku kt cni...baru skang aku tahu rupanya kepuasan kita berniaga ni x sama ngn kepuasan bekerja..bayangkanlah klu kita kerja,rajin macam mana pun..gaji tetap sama...tiap2 bln dpt bnyak tu..tp klu wat bisness ni rezeki datang mencurah2...rajin ngn tak je...klu rajin Insyaallah...satu lagi yg penting kena ikhlas dan hati kena bersih..takde sifat dengki mendengki..bg aku kalau kita buat yg terbaik pasti akan org cari kita n tak cari org lain...walaupun persaingan banyak..tp percaya Allah sentiasa bersama ngn org yg jujur n ikhlas..

Eh...apa kena mengena title di atas ngn apa yg aku citer ni..hehe..tah apa2 kan...sebenarnya bila letak je gambar kt ats tu terus terbayang tajuk tu...sebenarnya wjah kita ni menunjukkan apa yang ada kat hati kita kan...ada org tau ke sbnarnya apa yg ada kt hati aku ni..hehe...biarla rahsia....apapun aku amat bersyukur di atas segala ketentuan Ilahi..Sesungguhnya dia dah bagi yang terbaik untuk kita....setiap kejadian dan dugaan yang diberikan hanyalah sekadar ujian..bersabar adalah kunci segala2nya....Insyaallah kebahagian pasti akan menjadi milik kita....




Tuesday, March 13, 2012

Indahnya Ban Pecah,Tg Piandang...


Petang hari minggu yang lepas2...dh x ingat dah bila..memang aku n anak2 boring sangat..bawa le diorang pi amik angin petang kat ban pecah,tg piandang....masa tu dalam kul 6.30 petang...wow..pemandangan yg sangat-sangat cantik...dah banyak kali datang ban pecah ni n rasanya sblum ni pun dh ada entry psl ban pecah ni....

boleh la tgk sunset..sambil menikmati kendahan ciptaan Tuhan...betapa kerdilnya kita di dunia ini...sekurang2nya dapat menginsafi diri...


Ban Pecah ni terletak di daerah kerian..nun di utara perak...selalu orang datang cni  untuk memancing.ada gak yg nak makan kari sembilang..kt Kuala Kurau tu ada satu kedai yang kari dia mmg best..tapi aku ni bukan peminat sembilang,leh makan je la..tapi klu ada yg minat sembilang tu leh order smpai seekor sorang..makan nasi putih ngn kari sembilang je...fuhh...mmg best arr...kari tu mmg panas-panas lg...


Cite psl kari sembilang ni ..penah hari tu kawan hubby dari kl datang singgah makan kari sembilang kt situ..terkejut aku tgk diorang makan..bagi aku cam biasa je kari msembilang tu..tp diorang punye le pulun...maybe sbb ikan fresh kot....


Sebenarnya pekan Tg Piandang ni,pekan cina...klu masuk je pekan ni mesti rasa pelik sket...macam kt negeri cina pun ada..tapi hati2 la sebab diorang kt cini ikut dan je n wat jalan tu mcm bapak diorang punye jalan...


Nak sampai ke ban pecah ni kena lau jalan sempit ..kiri kanan tu ada sawah padi..aku mmg fail nk drive kt cni..sebab bila bertembung ngn kenderaan len salah satu kena undur @masuk lorong...aku mmg x pandai ar klu nk drive kt cni..tp org2 kt cni dah biasa dah....


Citer pasal petang tu lak....sempat lah budak2 cenonet tu makan aiskrim...dulu2 banyak gak gerai yang buka kt cni..ada gerai char koey teow..tp skang mcm dh takde je...maybe sebab takde apa2 kot program...klu ada program apa2 bnyak ar gerai yg buka..



Kitorang tunggu kat situ sampai matahari terbenam...rasa tenang je...kalau kepala serabut2 tu leh le datang cni petang2...


duduk termenung sorang2 sambil menikmati keindahan angin petang di tepi pantai...pantai ke ban pecah ni...tak p;asti le pulak..tp jarang org mandi2 kt cni sebab pantai dia macam berlumpur je...klu nak mandi pegi le teluk batik @ batu feringghi....


Bertuah gak kitorang yang duduk kt hujung2 ni....semua tempat leh pegi...walaupun dalam perak tapi dah sempadan ngn penang..klu rasa boring leh lajak ke penang....ke penang lg panjang le langkah....


Pas dah tgk matahari terbenam kitorang pun beransur pulang...budak2 2 org tu pun lega sbb leh main pasir..On the way nak balik tu singgah beli milo  ais sorang sebungkus....lega...sedap lak milo ais tu....




Wednesday, February 8, 2012

Lumut Waterfront..family vacation


Tak abis lagi citer pasal p lumut aritu...hehe..sebenarnya bukan apa sbb malas sgt nk upload gambar..ni pun tengah2 malam baru leh upload..sekarang ni line tenet agak slow wlupun guna strmyx..sambung balik citer pasal vacation hari tu....kitorang check out dlm kul 12 gitu pastu plan nak ronda2 area lumut je..

kat lumut ni kat mana lagi klu tak lumut waterfront..pemandangan mmg sangat cantik..tambah lak waktu tgh2 panas tu..punyela smangat nk berposingt..kt cni ada kapal besor...sape yang nak naik atas kapal ni kena bayar sepuluh hengget..mak aii..mahalnya...sorang tu..klu macam kitorang yang dekat 20 org ni maunya 200 hengget...baik la pegi makan2..
so,kitorang puun x naik le kapal tu,cuma leh posing2 je le dgn background kapal tu..


anak2 aku pun apa lagi,bukan main lagi...dah jadi macam tmpat diorang pulak..kitorang kat situ tak lama pun dalam sejam lebih kurang..pastu ada yang tingin nak p teluk batik lak..so,kitorang pun terus kn perjalanan ke teluk batik walaupun dah agak jln macam jem je...

sampai je jalan nak masuk teluk batik dh nampak jalan yang jem tu..aduhai...nak buat macam mana nak tak nak kna teruskan gak sebab nak pusing balik dah tak boleh sbb kedua2 hala dah jem..



Memag ramai sungguh orang kt teluk batik hari tu...tak tauilah apa yang best sgt teluk batik ni..bayangkan lah pesisiran pantai tu penuh dengan orang..mmg takde ruang kosong langsung...

teluk batik ni memang tempat yang popular tu yang ramai tu sedangkan kat lumut ni memang banyak pantai...
Ada Teluk senangin,Teluk Rubiah...leh pilih je yang mana suka...tapi teluk batik jugak yang menjadi pujaan....mungkin sebab pantai yang landai n macam2 aktiviti yang selalu diorang buat kt cni




last2 kitorang pun wt keputusan nak balik..tapi bukan balik terus gtfp tukar plan ke ipoh pulak..amboi sakannya makan angin..kitorang nak p Gunung Lang...so sampai Gunung Lang dalam kul 6 petang..wah cantiknya gunung lang......tapi sayangnya kamera aku dah abis batery..len kali la amik gambar kt gunung lang ni..selalu je lalu cni cuma tak singgah je...malam tu kitorang makan besar lagi kt umah adik lelaki aku kt ipoh tu..waa..sume makan dengan berseleranya..maklumlah...lapo...tu le nak berjalan sangat...pepun percutian kali ni memang best...plan hujung tahun ni rasa cam nak p tempat2 yang sejuk2 sket...tp bergantung pada budget la.....

Saturday, February 4, 2012

Kek Besday CNY


Dalam sibuk2 nak bercuti sempat lagi wat tempahan ni..kek besday tempahan dari jiran setaman untuk anak dia yang umur 5 tahun...Aku wat  kek coklat moist kukus..pasti customer request untuk letak edible image gambar ben 10..Dalam kalut2 tu akhirnya siap gak kek ni...pasni kna blaja lg ni....

Coral Fishing,Lumut


Petang selepas bbq kat teluk senangin tu kitorang lepak2 je kat homestay..rehat2 n hilangkan lenguh2 sbb dah penat mandi laut tadi...tetiba petang tu tersa nk tengok sunset le pulak..ye la kan dah datang tepi laut ni mestila nak tgk sunset...so..adik aku yang mmg dah biasa ngn Lumut ni bgtau klu nak tengok sunset yg betul2 leh tengok kat Coral Fishing...



Kitorang pun apa lagi..sume pakat nak tengok sunset.walaupun masa tu dah dekat nak kul 7..agak2 sempat ke nak tengok sunset ni..so,kitorang pun bergegas ke coral fishing..tapi leh sesat jalan le pulak...last2 bila sampai matahari dah terbenam pun...tapi pemandangan waktu senja tu sangat cantik....


Sempat le jugak kitorang berposing ala kadar dengan muka comot2...pepun  mmg cantik la pmandangan kat cni..dengan suasana orang memancing..syahdu je rasa...




Lenkali kalau datang Lumut leh datang cni lagi....memag rasa tenang je fikiran bila kat sini..mmg lumut ni tempat yang cantik n tenang..terutama  bila waktu malam...



Lepas dah amik gambar,kitorang pun bergerak pantas ke homestay sebab malam ni ada makan besor....Kitorang dah booking meja kt Fauzira Tomyam....





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...