Friday, August 29, 2008

Selamat Hari Merdeka & Selamat Menyambut Ramadhan

SELAMAT HARI MERDEKA DAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN...
Alhamdulillah, syukur kerana masih berkesempatan bertemu Ramadhan pada tahun ini...
Semoga Ramadhan tahun ini menjanjikan seribu ketenangan, ketakwaan dan keredhaan kepada kita dalam menempuh liku-liku kehidupan...










HAPPY BELATED BESDAY AFFIQ NAUFAL

Selamat Hari Lahir Permata Hatiku...Tanggal 24 Ogos 2008 genaplah usia Affiq 2 tahun. Tahun ni ibu tak celebrate besar-besaran besday Affiq..tengah kering...aritu masa balik kg sempatlah tokwan celebrate besday affiq. Pak lang sponsor kek..tengoklah nanti kalau ada rezeki lebih raya tahun ni kita celebrate la besday affiq sekali ngan anniversary ibu dan ayah. Kebetulan plak tiap-tiap kali raya ibu dan ayah celebrate anniversary (kitorang nikah 1 Shawal)... kat bawah ni ada sikit entry pasal kelahiran Affiq

Kelahiran Putera Tercinta…

Tanggal 24 Ogos 2006 adalah menjadi kenangan terindah buatku dan hubby. Kelahiran Affiq Naufal menambah seri hidup ini…Almaklumlah agak lama juga menunggu untuk mendapat baby… affiq lahir tepat jam 3.30 petang..orang kata kalau lahir petang ni degil. Tak tahulah betul ke tak? Akupun lahir petang gak..memang degil pun tapi baik hati…he..he..Affiq lahir dengan berat 3.39…besar jugak la. Lair kat Hospital Daerah Taiping. Taiping Mali…Yang bestnya aku n hubby pun lahir kat Hospital Taiping..Kira kitorang 3 beranak ni anak jati Perak la. Affiq lahir bulan MERDEKA..Ingatkan sempatlah 31 Ogos..leh jadi anak merdeka.kalau ikut due date 8 September.Nak buat camne, Affiq dah tak sabar nak lihat dunia. Affiq lahir awal dua minggu. Masa dia lahir tu mak sedara hubby yang sambut.kebetulan dia staff nurse kat situ…Yang kelakar Affiq ni lahir-lahir je terus buka mata. Masa orang azan tu bulat je mata dia. Yang kelakarnya muka cam baby pompuan siap ada lesung pipit lagi. Rambut lebat. Agaknya masa aku pregnant dlu ingatkan dapat baby pompuan. Masa scan 6 month tu tak nampak jantina. So ingatkan baby pompuan le Dah cukup 9 month gi scan doc ckp dah Nampak dia punye ‘bird’. Baby boy la.. Sempat lah aku tido semalam kat spital. First time kena jaga baby sorang-sorang.risau gak takut dia menangis. Tapi Affiq ni budak baik. Tak nangis pun. Tapi dia tak nak tido…mata bulat je…tambah-tambah bila dengar suara baby yang lain menangis…sibuk je ..cam paham je..esok nye pagi-pagi dah leh discaj…



Affiq 3 jam selepas kelahiran...nangis lapar susu..

Ala bucuk nya anak ibu.....















Tuesday, August 26, 2008

Pertunangan Jue & Fazli

Tanggal 17 Ogos, cousin aku Ju selamat bertunang & bernikah dengan jejaka pilihan hati nya Fazli..kat bawah ni semua gambar-gambar sekitar pertunangan.
Pada sebelah petangnya pulak, diadakan majlis pernikahan. Dengan sekali lafaz ju selamat menjadi isteri orang..Gambar-gambar pernikahan aku tak masukkan lagi...belum dapat lagi...waktu diorang menikah tu aku takde..so tak sempat la nak ambil gambar. kena tunggu ihsan orang lain la yang sempat snap gambar....tunggu ye...
Cincin disarungkan ke jari manis
Senyum nampak..




Cincin disarungkan oleh bakal ibu mertua...



Ni semua hantaran dari pihak pompuan...




Afiq sempat lagi posing atas pelamin nikah..ngan sepupu die..





Ini bakal pengantin lelaki... 20 tahun lagi le...






Ni keluarga bahagia,sorang tu bukan anak kami tau...sebab orang cakap tak baik amik gambar bertiga...








Alah sayang...anak ayah...ayah pun tingin nak naik pelamin gak...







Suka nye affiq....


Tuala pemberian pihak lelaki


Sejadah pemberian pihak lelaki

Hantaran dai pihak lelaki..tema gold....



Bunga penyeri majlis


sedapnya aneka coklat..untuk sebelah lelaki


Coklat lagi....




Ni dari perempuan untuk sebelah lelaki...jam...




Sejadah...


Tuala...


Bilik tido serba putih...


hantaran pihak lelaki

Ni hantaran yang aku berkenan,dari pihak lelaki....























Wednesday, August 20, 2008

ada orang dah jadi pengantin...

Ada orang tu dah jadi pengantin akhirnya...
surprise.....
nak tengok gambar-gambar majlis pernikahan yang vogue tu..
tunggu entry yang seterusnya...
frust menonggeng le mamat-mamat yang lain
sunyi dihatiku bila bunga dipetik orang ditaman..


Tuesday, August 19, 2008

Yanie & Amir Wedding

Sabtu lepas kami ke Taiping. Makan kenuri cousin hubby, Yanie...anak mak lang. Dah lama tak makan nasi minyak.sampai-sampai je, terus makan..fuh..sedapnye.Sepanjang perjalanan ke Taiping ada 5-6 kenuri kitorang jumpa..yealah time cuti sekolah. banyak le orang ambil kesempatan nak buat kenuri..Kat bawah ni ada gambar-gambar sekitar perkahwinan diorang..yang sempat snap je la...apa taknya asyik dok kejar affiq je.nak ambil gambar pun tak sempat. Masa kenuri tu sempat la jumpa pak mertua n mak mertua.Adik hubby Ita pun ada. Dalam sibuk-sibuk nak ke Iran (flight 9.30 pm) sempat lagi pi makan kenuri...Danish haiqal terpaksalah tinggal ngan opah.sepuluh hari je..Bila tengok muka danish je, tingat affiq kecik-kecik..muka diorang sama. bukan aku je yang prasan,rupanya ramai yang tegur. Muka danish sama ngan muka affiq waktu kecil..takpe la danish sama pun.tapi jangan nakal macam abang affiq udahle...
Yanie & Amir Wedding
Wajah Pengantin baru..

Tengah bersanding...

Sewaktu Makan Beradab

Danish Haiqal


Ni kat umah sebelum p kenuri


Syok betul dok meja pengantin ni..

Kat umah ni...

Posing abis nampak

Dapat mainan baru...

Ni hadiah untuk mak lang Yanie..

Aii...menggigit nampak







































Monday, August 18, 2008

Libra Corner

Ari minggu lepas, bawa affiq n paksu n pakteh dia gi makan kat luar..diorang tido kat umah. kesian diorang ..ibu sibuk sangat...tak sempat masak.minggu ni kitorang memang sibuk sangat. Ari Rabu petang hubby bawa balik barang dari Kelantan. Tak taula nak kena keje kat mana. Kat Seberang Perak tu tak jadi..Antara Tanjung Piandang atau Bagan Tiang. Dekat parit Buntar le...so, sekarang kitorang dah leh dok sekali la..tak berjauhan dah. Syukur alhamdulillah...Sibuk mengemas barang tak abis-abis. Banyak gak barang dia. Ari sabtu lak gi kenuri cousin hubby yanie n amer kat Taiping pastu ari ahad lak cousin aku ju plak bertunang n akad nikah.. Selamat dah diorang...
Berbalik citer malam tu...sebenarnya aku nak citer pasal tempat makan ni..Kitorang selalu makan kat sini..Makanan leh tahan le..tapi yang aku suka tempat dia selesa...sejuk n romantik giler...harga pun ok. affiq pun suka datang cni...waitress kat situ suka layan dia..malam tu dapat bendera lagi..orang suruh cium pipi pun takpe.
Malam ni aku makan Nasi Goreng Libra Classic ngan Strawberry Ice Blended, hubby n adik-adik dia makan Nasi Goreng chicken Chop ngan fruit juice...Affiq menyibuk je...bukannya nak makan sangat...
Ni Strawberry Ice Blended
Ni nasi goreng Chicken chop


Ni plak Nasi Goreng Libra Classic





Tengah asyik tengok 'fish'




Sembang apa tu afiq?

Ngan ayah dia le...kepala botak tu...







Thursday, August 7, 2008

Rambutan Oh rambutan...

rambutan merah yang ranum....
Ni lak rambutan kuning..rambutan gading..
Setangkai rambutan..



sedapnye....













lebat betul buah rambutan kali ni...


PokokRambutan gading kesayangan ayahku...





Musim rambutan tiba lagi...last week kitorang p belasah rambutan kat kampung...dapat 3 guni.. dah banyak sangat tak larat lak nak makan...at last ayah sedekah-sedekah kat jiran kat taman..diorang punyala suka...sape tak nak, rambutan free..Actually pokok rambutan tu ayah tanam kat kg.ada la 5-6 pokok.tapi satu-satu pokok tu lebat buahnye...ayah tak nak jual...nak makan je...dah tak termakan la pulak. tapi alhamdulillah semua sedara mara dapat rasa...minta-mintak tahun depan bertambah lebat buah rambutan ni...