Thursday, December 25, 2008

Besday Insan Tersayang

Semalam 25 Disember 2008, genaplah umur hubby 30 tahun..dah tua dah hubby aku...Tak celebrate apa-apa pun just beli kek favourite hubby 'Tiramisu Cheese Cake'..Yang kelakarnya aku pi beli kek tu ngan affiq. Kononnya nak surprise la,tak nak bagi hubby tau..Tau je la affiq, pantang tengok kek ni..Dalam keta je dah siap dok nyanyi hepi besday ayah..dalam keta pun dok bising,bila nak sampai umah ni..turun-turun je keta, terus nyanyi hepi besday kat ayah dia..aduh...kantoi la..pastu siap suh aku buka bonet amik kek...last-last terus le celebrate (tak tunggu kul 12 dah..) Affiq le yang lebih-lebihnya..
Kek besday hubby, aku sponsor,tu je la yang termampu..

sedap tau kek ni...hubby suka sangat

Affiq lebih-lebih plak...



Siap nak beli topi besday lagi..beli je la singgit..




Tak sabar-sabar dah....


Topi ni tak muat kepala affiq le pulak...



tutup lampu..tengok le affiq dah excited


Siap suh ayah cium dia lagi..



dia yang nak tiup lilin tu...
Gambar ibu takde coz ibu dah tak lalu nak bergambar...









Tima kasih teman-temanku..

Tima kasih kepada semua teman-teman yang tak jemu-jemu memberi...Entah bila aku dapat membalasnya..Kat bawah ni adalah award n gift2 dari teman yuang tak melupakan aku walaupun dah agak lama blog ini menyepikan diri..
Ni dari Yanmie, time kasih yan kerana tak lupa pada akak..
Ni pun dari yan..
Dari Yan jugak,time kasih daun keladi..


Ni pulak dari
Ayu..malu pulak nak terima award ni....aku ni tak popular pun.Apa pun, tima kasih banyak ye Ayu...



Ni pulak dari kakak tersayang, Kak Tirana, antara blogger yang famous mula-mula aku kenal di alam blog ni...Tima kasih kak kerana still ingat saya...







Tuesday, December 16, 2008

Affiq nak dapat 'Adik' kot...


Dah lama blog aku ni sunyi..yea la sejak aku tak brapa sihat ni,nak tengok pc pun dah larat.. sebenarnya sejak akhir-akhir ni aku selalu rasa cam nak demam, loya, pening n macam-macam lagi..rasa nya Affiq cam nak dapat adik kot..(ee...malu nak bagitau)...

Dari pengalaman yang lepas-lepas tu, aku dah dapat rasa..Pagi-pagi je mesti uwek..Makan pun tak lalu..Balik keje langsung tak leh bangun..Mujurlah Affiq mak aku jaga, jadi takde masalah le..lepas keje terus lepak umah mak..malam baru balik umah aku..nak masak langsung tak boleh..mak jugak yang tolong masakkan..Besar betul jasa mak kat aku..Mak pulak memang sayang sangat kat cucu dia yang sorang tu, kalau ari minggu je aku tak gi anta, mesti tok dia cal nak datang amik..dia kata kalau afiq takde sunyi...

Syukur Alhamdulillah..rezeki..Tuhan nak bagi..Lagipun Affiq dah 2 tahun ++..Tahun depan bulan 8 dah 3 tahun, okey le tu kan.Pada teman-teman yang tertanya-tanya tu..dah dapat le jawapannya.. Aku pun tak sangka sebenarnya..baru je plan nak tambah lagi, tengok-tengok dah ada dah..Syukurlah..semoga rezeki kami sekeluarga semakin bertambah lepas ni InsyaAllah...

Tuesday, December 9, 2008

Secebis Kenangan..

Aidiladha telah berlalu..hari ni cam biasa dah di tempat kerja..Walaupun kepala terasa berat, badan yang agak lemah terpaksa gak datang keje..Pagi tadi,kul 5 dah bangun. Rasa tak selesa sangat.Tekak pun rasa semacam je..Bila dah bangun awal ni..leh la settle semua keje-keje umah yang tak settle...Semalam member hubby dari KL berkunjung ke rumah..dah hampir 3 tahun tak jumpa...Kebetulan pulak member hubby ni satu sekolah ngan kitorang(aku dan hubby le) masa kat kelantan dulu...Best Friend hubby le..Nak dijadikan citer member hubby tu pun kahwin ngan member sekolah kitorang jugak..tapi kelas lain ler..hampir 13 tahun tak penah jumpa..Bayangkan lah camne..diapun dah ada anak sorang..Aiman Huzaifah...tak sempat lak nak snap gambar...Bila dah jumpa tu macam-macam lah citer..psl member-member dulu..Tapi yang menyentuh perasaan ku, aku tak tak tahu salah sorang teman baik ku telah meninggal dunia..Sanita Mohd Zain (Su)telah tiada...Kali terakhir aku bertemu su masa aku belajar kt uum. Masa tu dia dah ada anak dua orang dan dia memang nampak sihat...dulu masa sekolah su memang selalu sakit (kanser klu tak silap).Boleh dikatakan dia sentiasa sakit...Di tengah malam kalau Su sakit dia mesti memanggilku..(Su tidur dikatil atas)dan waktu tu harapan tengok dia pulih memang tipis..Cuma semangat dia yang kuat untuk teruskan hidup... tapi dengan kuasa Allah dia dapat bertahan hingga ke akhir persekolahan... Selepas abis sekolah aku langsung tak pernah bertemu dengan su..Dan dengan kuasa Tuhan, aku bertemu Su di Pekan Rabu, Alor Setar..Masa tu aku study kat UUM. Dan Alhamdulillah, Su begitu sihat dan nampak sinar ceria di wajah nya..Jelas kebahagian terpancar diwajahnya...Masa tu tak terlintas pulak nak tanye pasal sakit dia. Yea la kan kita dah nampak dia sihat... masa tua dia ada nak dua orang, husband dia navy dan tinggal kat Lumut..Kebetulan pulak waktu tu dia pulang ke Alor Setar rumah mertua..dia ada tinggalkan no telefon..tapi aku tak pernah terlintas nak telefon dia...dalam setahun lepas tu aku try cal dia nak jemput kenduri kahwin ku tapi dah tak dapat...Agaknya waktu tu dia dah tak ada...Agaknya sebelum ajalnya, Tuhan memberi kebahagian kepada dia...Terbayang-bayang wajah su...Su terlalu baik dengan teman-teman dan kisah su memang sedih bila dikenangkan..Su hidup sebatang kara...Su anak yatim piatu..kematian ibu, ayah dan abang dalam usia muda.. ibu,ayah dan abang su pun meninggal disebabkan kanser..Semoga roh Su dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman...Al-Fatihah...

Thursday, December 4, 2008

Kad raya Azza

Ni kad raya dari Azza,sedetik hati....TQ azza....Selamat Pulang ke kampung...


Kad Raya dari Yan..

Ni pulak kad raya dari Yan..Tima kasih bayak ye Yan sebab tak pernah melupakan akak....


Kad dari Azie

Ni kad dari kawan baikku..Azie..Tima kasih kerana tidak melupakanku..Walaupun dah jarang berjumpa tapi kita still leh online kan..Semoga bahagia di tempat baru..





Tuesday, December 2, 2008

Hatiku yang mendung

Dua tiga hari ni rasa cam tak sedap badan je....asyik pening je kepala ni...rasa cam nak demam je...mungkin perubahan cuaca kot..ye la kat sini pagi sampai tengah hari bukan main cerah lagi, bila datang petang je, hujan selebat-lebatnya..kalau kat p.buntar plak hujan lebih jer dari 2 jam dah banjir kilat..nak masuk dlm town dah tak leh...sebenarnya banyak benda yang aku nak citer ni..Salah satu nye citer pasal sebuah pulau yang terletak dkt ngan tmpat keje aku ni..Pulau Aman..sebuah perkampungan nelayan(dulu aku keje kat library kat sini)..tapi disebabkan kepala yang berdenyut-denyut ni..idea semua dah hilang...time kasih ye pada teman-teman yang sudi berkunjung ke sini...walaupun dah lama tak update...

Akhirnya aku kembali...

Setelah hampir 2 minggu aku tak online, hari ini baru berpeluang...Rindu sangat pada teman-teman...Terlalu sibuk..itu je lah yang boleh dikatakan..Sebenarnya pada 29 November yang lepas aku telah menerima kunjungan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia , Kuala Lumpur yang sudi berkunjung ke teratak kami..Perpustakaan Desa Cyber Ilmu Batu Kawan...Ni nak promote sket library kesayanganku..Setelah hampir 2 tahun berkhidmat,rasanya inilah penghargaan yang tak ternilai yang diterima...Bukan senang tau KP nak datang..aku amik masa seminggu nak setup library(sampai tak sempat nak update blog..)..akhirnya penat lelah berbaloi..Alhamdulillah KP berpuas hati ....sebenarnya aku ada buat blog jugak untuk library...blog ni le yang mendapat pujian...pdbatukawan. Walaupun library ni terletak dalam kampung (Nama pun perpustakaan desa..)tapi aku suka keje kat sini..Sesapa yang nak datang tu, datang le..dekat je ngan Stadium Batu Kawan..Kat sini macam-macam ada...koleksi buku-buku terkini, buku-buku resepi pun banyak,internet free, aktiviti untuk kanak-kanak dan macam-macam lagi le...

Thursday, November 20, 2008

Tag dari Syeikh

Tag ni datangnya dari Syeikh...Sory ye lambat jawab tag ni...

Three Things That Scare Me:
1) Allah
2) Kena marah
3) hilang orang tersayang

Three People Who Make Me Laugh:
1) Semestinya Affiq
2) teman-teman
3) cerita lucu

Three Things I love:
1) My hubby and Affiq
2)My Family
3) My friends

Three Things I Hate:
1) sombong
2) membebel
3) malas

Three Things I Don't Understand:
1) sikap dan kerenah sesetengah orang
2) kerenah budak-budak, kdg2 saja je buat bg orang marah


Three Things I'm Doing Right Now:
1) kemas library
2) jawab tag one by one..banyak betul tag ni..
3) tgh breakfast...(budak ramai,cuti sekolah..nak breakfast pun tak sempat)

Three Things I Want OR To Do Before I Die:
1) Bahagiakan Mak Ayah-hantar p Mekah
2) Didik anak jadi anak yang soleh
3) Jadi wanita n isteri solehah untuk hubby..InsyaAllah

Three things I can do:
1) memasak
2) tulis trengkas (ingat sikit2 je)
3) membaca al-Quran

Three Ways To Describe My Personality:
1) Lembut hati
2) Sabar
3) Kalau masa ada duit tu pemurah sangat...

Three Person I want to Tag:-
no one...

5 things..(Tag Oh Tag)


Tag ini aku dapat dari Yan....Walaupun terpaksa amik masa yang lama untuk menjawab...akak sibuk sangat 2-3 minggu ni...Sorry ye yan....

What were you doing 5 years ago?
5 tahun lalu,tengah study kt UUM lg..semester 5 klu tak salah...

What were the 5 things on your to do list today?
pegi keje..
kemas library- KP nak datang
sblm blk keje, kena pastikan semua dah ok..
ptg klu rajin p psr malam
malam- kena basuh baju(ari minggu bz..ada kenuri)

What are the snacks that you enjoy?
keropok segera kelantan tu...

What are 5 things that you do if you were bilionaire
Hantar mak n ayah p Mekah..aku pun p gak...
beli umah untuk mak n ayah,untuk aku gak...
beli kete idaman
beli apa aje yang terlintas di fikiran
sedekah,amal jariah....Insyaallah

What 5 jobs you've had

Typist kt Penerbitan Seri Kota,KL (masa lps sekolah,1st job..kamceng ngan dahliana)
Praktikal kat company jual kete (Asas Auto M S/B, Alor setaq...)
kerani akaun kat sykt kontraktor n lawyer
kerani kat AIA Insurans
Pen.Peg.Perpustakaan....(skema betul keje ni...)keje sekarang la..


Who are 5 person you want to tag?
nak tag sape ye...aku pilih secara rawak je nih...pada yang kena tag tu kalau sudi jawab le...tak memaksa...aku pilih 2 orang je...

Dahliana

Syeikh

Tuesday, November 18, 2008

Award lagi..


Terima kasih pada teman-teman yang tak melupakan aku...Ayu, teman yang baru ku kenali mengirimkan award ini..terima ksih banyak ye ayu...
dan yang ni plak award dari Azie,my best pren...tima ksih yang tak terhingga...



Saturday, November 15, 2008

Petua Mendapat Anak Cantik dan Cerdik




Petua Mendapat Anak Cantik dan Cerdik


Petua : Inginkan Anak Berkulit Cerah atau Putih
1Ibu-ibu sememangnya inginkan anaknya putih jika ditakdirkan. Semasa hamil tu, jangan makan makanan berkicap. Insya-Allah putihlah anak tu kelak. Cubalah, ya.(Saya dulu masa pregnant memang tak makan kicap sbb bapa mertua tak bg takut cucu gelap..hee..hee).

Petua : Inginkan Anak Berkulit Cerah atau Putih 2
Cubalah minum air kacang soya dan amalkan makan sayuran hijau semasa anda mengandung.

Petua : Anak Fasih Bercakap
Kebanyakkan ibu bapa inginkan anaknya cepat bercakap, petah dan fasih. Petuanya amat mudah, Ibu bapa hendaklah selalu mengucup atau mencium bibir anak-anaknya sewaktu kecil dan sekiranya mampu diteruskan sehingga dewasa, ia akan menjadi taat kepada ibu bapa.

Petua : Dapat Anak Cerdik
Petua yang amat mudah dan insyallah berkesan cuba amalkan makan buah delima sebelum bersalin.

Petua : Inginkan Anak
Ada orang yang telah lama berkahwin tapi belum dikurniakan anak. Semasa melakukan jimak, punggung isteri hendaklah diayun ke kiri dan ke kanan, supaya air mani akan sampai ke tempat yang sebetulnya.

Petua : Ingin anak perempuan dan lelaki
Kalau anda inginkan anak perempuan lebihkan banyak makan ikan dan sayuran hijau. Sekiranya inginkan anak lelaki banyakkan makan daging ayam dan lembu.

Petua : Dapatkan Anak
Ini adalah petua ingin dapatkan anak cepat bagi pasangan yang tak dapat anak setelah berkahwin sekian lama,
atau baru kahwin inginkan terus dapat cahayamata.
Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli (warna hitam) setiap awal pagi bagi si suami.
Buat senaman batin setiap kali bangun tidur waktu pagi,

baik untuk semua lelaki yang telah berumahtangga
Amalkan bersedekah setiap hari Jumaat,

bila pergi ke masjid,
Insya-Allah bila diamalkan selalu ianya akan berhasil.

Cara Buat Senaman Batin :-
Duduk bersila badan tegak
Lepas itu luruskan kaki kanan kedepan.
Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan,

tangan kiri pula pegang lutut kiri.
Tarik nafas dalam-dalam (perlahan-lahan )
Setelah nafas penuh di dada,

bawa tangan kiri tadi ke sebelah kanan hingga
menyentuh lantai sebelah kanan
( jangan lepaskan nafas tahan selama 7 saat ).
Jika tidak mampu jangan paksa.
Ulangi perkara yang diatas dengan kaki kiri pula.
Buat 3x atau 7x setiap lepas sembahyang subuh.

Jika betul melakukannya peluh akan keluar walaupun hanya 3x buat (
maksudnya 3x kanan dan 3x kiri ). Selamat mencuba.

Petua : Petua Mendapatkan Anak Lelaki atau perempuan
Mendapatkan anak lelaki atau perempuan seperti kata orang anak selang bunga memang payah. Namun usaha dan petua yang diamalkan Insya-Allah boleh diperolehi.Jika inginkan anak lelaki, air mani lelaki hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah mengiring ke kanan.Jika inginkan anak perempuan, air mani perempuan hendaklah dipancutkan atau ke kemuncak dahulu. Kemudian tidurlah mengiring ke kiri. Insya-Allah jika diiringi doa.

Kepada teman-teman....
Ingatlah...
kita cuma berusaha yang menentukan adalah Allah SWT


-Tips ini diambil dari laman blog Duke Amiene Rev

Friday, November 14, 2008

Aku di Tag ...

Aku di tag lagi....Yan..seorang adik blogger yang rajin visit blog n tinggalkan komen..TQ..TQ.. Yan ni leh jadi teman sejati tau..Selain tu tag ni juga dari teman baikku di alam realiti Azie..Aku dan Azie ni memang kamceng le,kemana pun berdua..orang pun tau, kalau p kat pusat tu memang ada muka kami berdua...


snap work station anda. then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..tengok contoh yang aku buat nih...begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...tolong pass tag aku ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa"
aku pas link kat 4 orang je
Ros
Dahliana
Adida
kak luna

Terima Kasih Atas pemberian..

Ini adalah pemberian daripada kak Tirana..Setelah jenuh mencari dalam blog kak tirana.. akhirnya terjumpa gak..maklumlah dah lama di publishkan cuma aku yang tak perasan.. Terima ksih banyak ye kak...akak ni baikle...patutle ramai blogger yang suka bertandang ke blog akak.. rasa cam dihargai je...Saya pun memang menghargai persahabatan dengan teman-teman blogger,cuma masa yang tak mengizinkan..maklumlah kat ofis je leh online. Saya pun ada something untuk kak tirana tapi tunggu ye...

Thursday, November 13, 2008

Si Comel Kerinduan...Aku dah Pulang

Semalam kul 10.30 aku sampai kat pb.bertolak dari KL kul 5.30.
Sampai-sampai je si comel dah siap nunggu ngan hubby kat bus stand..
Punye lah syahdu...
smpai je terus peluk aku.
Aku tahu, mesti dia rindu yang teramat sangat.
dia tanya aku
'ibu p mana'
'ibu p kursus kt KL'
'ooo..patutlah" (anak aku dah pandai cakap camtu..
tak tau le apa yang patut la..)
Dengan suara yang serak-serak basah..
rupanya anak aku demam...
sampai je kat umah tok,mak aku pun brceritalah pasal Affiq
dengan panjang lebar...
sejak aku p dia tak mau makan cuma minum susu n vitagen je...
takde selera makan kot..
Bila aku nak bagi susu badan dia dah tak mau...
sedihnya...
mungkin sebab dah lama tak hisap.
Mula-mula je la tak nak,pastu masa nak tido
dah tak tahan agaknye...
suh aku dakap dia..apa lagi terus cari nenen la...
mak aku citer, sepanjang aku takde dia
asyik dok mengusung gambar aku ngan dia.
Jumpa orang je semua suruh cari ibu...
kesian anak aku..
pastu pagi tadi start je bangun pagi,
dia dah tak mau lepas kain aku.
nak ajak aku boom-boom je...
jenuh gak le ari ni..
rini baru leh visit blog kengkawan..
rupanya ada sesuatu dari Kak Tirana n Yan..
TQ...TQ...TQ..
tak sempat nak publish lg ari ni..
tunggu ye...

Friday, November 7, 2008

Aku akan jadi perindu..




Aku akan jadi perindu..


rindu pada si kecilku,


pada hubby...


dan juga teman-teman blogger yang lain...


mungkin ari Jumaat baru balik...


Seminggu ler blog aku ni sunyi....


pada teman teman kalau rindu tu


dengar-dengar le lagu izinku pergi tu...


...khas untuk anda semua...

Thursday, November 6, 2008

Sayangkan anak tinggal-tinggalkan...

Ni masa dah beso...
Ni Affiq waktu kecik....

Minggu depan aku kena gi kursus baby book kat KL International Hotel. Tak tau le camna nak tinggal Affiq ni. 3 hari 2 malam lagi..Dah le Affiq tak penah berpisah tempat tido ngan aku. kalau siang tu biasala..memang selalu kena tinggal. ni malam..seminggu sebelum p aku dah susah hati. Terpaksalah Affiq dok umah tok. Dengan hubby dia tak mau langsung..Tok ngan tokwan memang takde masalah le..diorang memang suka Affiq ada. tak sunyi..sebenarnya Affiq ni masih menyusu badan..tu le yang tak leh berpisah ngan aku tu...kalau balik keje lewat sket pun dia dah cari..bila nampak je muka aku..ibu...boom....boom...nak ajak aku masuk dalam bilik le..apa lagi.. Aku dah bercadang nak ceraikan susu badan ni..lagipun dia dah besar..limit sampai dua tahun je..dah lebih 2 bulan (Affiq sekarang dah 2 tahun, 2 bulan)..Affiq ni makan dua-dua (susu badan + susu formula)..Tapi Alhamdulillah,dia jarang dapat sakit..sakit sikit-sikit tu biasa lah...Betul gak orang kata bagus bagi susu badan ni.baru sekarang aku perasan. Aku dulu malas gak nak ajar susu badan ni,bukannya apa kalau nak p kenuri ke,majlis-majlis ke terpaksala dok nyorok-nyorok..Affiq ni bukannya kira tempat kalau nak nyusu..dulu mula-mula malu gak,tapi dah lama-lama ni biasa je..Affiq pun dah cerdik,nak menyusu pun kt dalam bilik.depan orang tak nak ..malu..

First Tag..

Aku di tag oleh kak tirana...walaupun tak pernah bertemu dan bersua terasa cam dekat je ngan akak sorang ni..mungkin sifat-sifat keibuan yang ada pada akak membuatkan orang mudah mendekati. Banyak nasihat dan info-info berguna yang dapat bila visit blog kak tirana ni...
So, kat bawah ni jawapan tag yang ikhlas dari hatiku..Terima kasih ye kak
Every question is referring to 1 person: AFFIQ NAUFAL B. RIZAL AFFENDY
1. What is the relationship of you and him?
ibu dan anak
2. Your 5 impressions towards him.
-cerdik
-suka tersenyum
-cepat mesra ngan orang(especially budak pompuan)
-ada lesung pipit kat kedua belah pipi
-advance(semuanya cepat,umo 3 bln meniarap, 10 bln dah leh jln dah)
3. The most memorable things he had done for you.
- masih menyusu badan sehingga kini..(2 thn,2 bln)
dalam proses nak cerai susu..susah betul..
4. The most memorable things he have said to you?
"ibu...ibu cayang kan.." (sambil nangis ckp camtu byk2 kali..selalunya dia akan cakap
camtu bila aku marah dia..)
5. If he become your lover, you will…
dia permata hatiku dan penawar hidupku selama-lamanya..
6. If she become your enemy, you will…-
tak mungkin..
7. If he become your lover, he has to improve on…
menjadi anak yang soleh,cerdik,bijak,pandai..
8. If he become your enemy, the reason is…
tak mungkin..
9. The most desirable thing to do on him is?
mendidiknya hingga menjadi insan yang soleh
10. The overall impression of him is…
Affiq Naufal adalah kurnian Allah yang tak ternilai
kerana suatu masa aku pernah merasai kehilangan..
dialah penawar segalanya...
11. How do you think the people around you will feel about you?
mudah mesra,tak mudah mengalah..
12. The character of you for yourself is?
mudah tersentuh,suka mencuba sesuatu,melakukan yang terbaik..
13. On contrary, the character you hate of yourself is?
tak mudah lupa apa yang orang buat (selalunya yang menyakitkan)
14. The most ideal person that you wanna be is?
superwoman -isteri,ibu,anak dan wanita solehah.
Sedang berusaha..
Insyaallah..
15. For the people who care about and like you, say something about them.
Terima kasih kerana sudi berkongsi kebahagian bersamaku...
16. 5 people to tag
aku ada 4 orang je yang aku nak tag...
sweetharina
nurul pinky gurl
dahliana
sarul
(jawab aaa..jangan tak jawab..)

Wednesday, November 5, 2008

Agar Isteri Sentiasa Dara...


Sekadar memanjangkan email yang diterima dari seorang teman....

Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.


("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.



Caranya:

Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.



Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,


56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri semoga ada manfaatnya

Tuesday, November 4, 2008

1st Award

First time dapat award...time kasih banyak ye yan..tak sangka ada juga orang nak bagi award




Monday, November 3, 2008

Chocolate Cupcake


Ari Sabtu baru ni...sorang lagi sepupu kesayanganku selamat menjadi isteri orang...aku dah pening nak bagi apa kat dia ni..akhirnya aku modified le kek coklat kesayanganku menjadi cupcake. Ni le hasilnya..lagipun nak save budget(ujung2 bulan ni)..aku berjaya gak menghasilkan kek-kek comel ni (Affiq punyela geram)masa dlm oven pun dok ngintai je,ye la ibu tak penah buat kek camni..asyik kek cam biasa tu.dah boring..Affiq dapat le merasa sebijik kek ni..ada extra..Selamat Pengantin Baru buat Safiza & Asrol..Semoga bahagia ke anak cucu...






















Tuesday, October 28, 2008

Sekali bah melanda...

Banjir datang lagi...daerah Kerian sekali lagi dilanda banjir..boleh dikatakan tiap-tiap tahun diorang kat sini memang dilanda banjir..ni kat jalan Selama (Beriah)..Penduduk kat sini agaknya dah tak kisah ngan banjir..Start bulan 11-12 je (musim tengkujuh) diorang dah bersedia ngan sampan dan bot..umah-umah diorang pun semuanya tinggi-tinggi belaka..Tahun ni kira bernasib baik le sebab banjir lepas raya..Tahun-tahun yang lepas pernah waktu raya pun dalam banjir..Tapi banjir kali ni tak lama..tak taula kalau ada fasa ke dua pulak..selalunya penghujung bulan 12 baru semuanya ok...Petang ahad ari tu..aku sempat le gi santai-santai tengok banjir kat sana...Affiq pun bukan main sibuk lagi..pagi Sabtu aritu dia siap ikut tokwan p tengok masa banjir..(Pagi tu ada lawatan isteri Menteri Besar Perak)..Affiq siap bersalam cium tangan lagi ngan Datin Seri..bila tanya je..Adik salam ngan sapa tadi? "Ngan atin ceri..." Tapi yang kelakarnya bila tengok bot penyelamat kat atas jalan tu terus takut..bot tu bunyi kuat...







Ni umah kawan aku...




Jalan ni tak leh lalu ni...dah ditutup untuk semua kenderaan










Budak-budak siap main air lagi..


Affiq merenung banjir..ada hati nak p redah banjir tu...




Takut le pulak..








Siap posing lagi...


































Kek Coklat Lembab..



Minggu lepas sibuk dengan kek coklat lagi...walaupun dah lepas raya,still ada tempahan.. rezeki Affiq ni..office hubby tempah 7 biji kek untuk jamuan raya..kat bawah ni ada resepi Kek Coklat Lembab. Sape nak tempah leh le...murah je...RM25 (2kg lebih kurang),RM12 (1kg). Walaupun resepi ni nampak simple,tapi gerenti jadi tau..tak percaya try le buat...


RESEPI KEK COKLAT LEMBAB

Bahan-bahan
Telur 4 biji
susu pekat 1 tin
tepung gandum 2 1/2 cawan( digoreng n diayak)
gula 2 1/2 cawab
koko 1 cawan (bancuh ngan 1 1/2 cwn air)
minyak 1 cawan
baking powder 1 sudu kecil
soda bikarbonat 1 sudu kecil
esen vanila
emulco (perasa koko atau coffee)

Cara membuatnya
1.Masukkan 4 biji telur.pukul hingga kembang.
2. Masukkan gula dan esen vanilla dan emulco
3.kemudian masukkan soda bikarbonat
4. Pukul hingga kembang
5.Masukkan tepung sedikit demi sedikit
6. Masukkan susu,koko dan minyak
7. Last sekali jgn lupa,masukkan baking powder
8. Pukul hingga kembang dan sebati
9. Bakar suhu 160 darjah selama 50 -60minit (sehingga masak)

Untuk Coklat sebelah atas:
Coklat Masakan
Butter
susu cair
(Masak secara double boiler)
Kemudian leh le tuang kat atas kek tu n letak le badam ke,
coklat rice ke...mengikut kesukaan le..










Monday, October 27, 2008

Syawal akan berakhir...


Lagi seminggu syawal akan melabuhkan tirainya...Terlalu sekejap masa berlalu..rasanya cam baru semalam je berpuasa..minggu ni dah pun nak abis bulan syawal..aku terlalu sibuk..tak taulah orang lain..rasanya tak sempat mengecapi manisnya Ramadhan..Sebulan berlalu tanpa disedari..sibuk dengan keje, dengan keletah anak..menjadikan hari-hari yang datang berlalu begitu sahaja..Namun masa tetap berlalu meninggalkan kita..Sedar tak sedar kita juga menghampiri penghujung 2008..Usia akan meningkat dan bertambah lagi..Disebabkan terlalu sibuk hingga aku terlupa..banyak betul yang aku lupa..ari ni ari paling lucu n paling tak dapat aku lupakan...aku datang keje dengan tak membawa beg duit,hp,kunci library,lesen n semua kelengkapan ku yang penting-penting belaka.Beg yg ada brg2 tertinggal kat umah mak masa aku anta affiq pagi tadi..terpaksalah gi umah knah,rupa-rupanya kak nah cakap ari ni cuti..cuti gantian Deepavali semalam...Ya Allah,camne la boleh jadi camni...aku tak tau pun..selalunya kalau cuti ari isnin,dah takde gantian dah..(kitorang cuti ahad,isnin)..nasib aku la ari ni...ni tawakal le nak balik,nak drive kete ngan tak bawa lesen n IC n beg duit jugak..nasib baik minyak kete ada... Jauh tu Batu Kawan ngan Parit buntar..Moga aku selamat sampai ke rumah...