Wednesday, March 31, 2010

Chicken Pox...sian anakku...

affiq dah seminggu kna chicken pox...skang ni dah tinggal keruping2 yg hitam2 je...kesian sunggh tgk dia..org cakap chicken pox ni mudah berjangkit...tp sbagai ibu,x smpai ht tgk anak kita sakit...aku still cium pipi n badan dia walaupun pnuh ngn bintik2..kesian sgt..asyik nak suh peluk je...pastu slalu gak main2 ngn aqiff..camne nak larang,x sampai ht ..nt dia merajuk ckp smua org tak nak kawan ngn dia...biar je la aqiff main ngn dia..tp alhamdulillah stakat ni...aqiff masih sihat lg..klu dah nak kna pun nak buat camne...satu hari dia akan kena jugak...org kata lebih baik kna masa kecik2 ni,klu dah dewasa kna mmg teruk... kat bw ni aku ada search sket psl chicken pox tu sbgai panduan pd ibu bapa camne nk buat bila ank kena chicken pox...

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox. Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku. Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.
Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian.
Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).

Komplikasi akibat chicken pox:
Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

Rawatan
Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).

Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.

Rawatan di rumah
Sapu losyen calamine.
Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
Panadol untuk demam
Pencegahan Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.
Ni le wajah-wajah affiq sewaktu kna chicken pox ni...masa ni masa mula2..so,x bnyk lg le...masa dh banyak x smpai ht lak nak amik...

tertido keletihan selepas ke klinik
bintik2 merah yg naik seluruh badan..ada air ...


msa ni mash baru...


kt belakang badan



ni le ibu dia...kat dahi..besar betul...



Sunday, March 28, 2010

Aku,Mtest,siakap 3 rasa n kerabu suun...

Semalam aku pergi wat Mtest lagi...entah kali yang ke berapa..emak aku cakap kali yg ke-6..mak lak yang ingat..aku ingat2 lupa..sjak grade rasanya tiap2 tahun kot..kecuali ada setahun yang ter miss...x leh pegi sbb ada hal..yang lain semuanya aku pegi,rasanya waktu peknen ada 3 kali..dr org anta sampai le leh drive sendiri...rasanya ramai gak yang macam aku ni...saje je mencuba nasib walaupun tahu hrapan agak tipis..klu ikutkan soalan mtest ni mmg agak susah..tambah2 kita yg dh lama tinggalkn alam persekolahn ni...semalam aku wat mtest kat smk darul ridwan,taiping.sekolah yg sama ngn thn lepas...kira mmg dah cam jalan le...terus terang aku cakap tak consentrate lgsung masa jawab soalan...fikiran melayang2 je..risaukan affiq kt umah yg kna chicken pox pun ada..lupa nak cakap..affiq dah seminggu kena chicken pox...siang malam dok jaga dia...mmg malam tidor ku tak nyenyak...nt aku cite sket psl chicken pox...
lepas je mtest aku terus singgah tesco...nak beli stok susu..untuk affiq mmg ada offer dutch lady 123 yg pek baru tu....untuk aqiff enfalac mg takde offer...so untuk aqiff tak beli lagi...sambil tu beli sket barang2 dapur...ikan,udang n lain2...ntah camne terbekenan lak ngn siakap ni...pilih yang kecik2 je sbb snang nk budget utk mkn dua orang je...kang klu beso2 x abis lak....pastu aku pun terus balik umah...
singgah umah jap,kemas2 umah..pastu petang sket baru gi amik anak2 kt umah mak..mula2 hubby ajak pegi trong..kampung dia..sbb ayah dah sampai ...skali tak jadi le pulak...so,malam tu kitorang kat umah je la...aku pun apa lagi merajinkan diri ke dapur..menu malam tu siakap 3 rasa ala-ala tak cukup bahan,kerabu suun n telur dadar...kedua2 nya mmg x cukup lengkap le bahan2 dia..sebab tak plan pun nk masak apa...just guna apa yg ada je la...tp ok le...janji dapat mengenyangkan perut aku n hubby...
ni le rupanya siakap 3 rasa air tangan aku...


ni lak kerabu suun...pun x cukup bahan gak...tp sedap gak kan....
sbb licin smua...
ke sbab lapo...

Saturday, March 13, 2010

Termenung sejenak...

hari ni seawal jam 5 pagi aku dah bangun...terus amik baju masuk dlam mesin...sbabnya kejap lg,klu jad nak p makan knduri umah adik mak lang yang bongsu kat taiping...dah lama tak makan nasi kenduri ni...rasa tingin lak...wah...cam org mengidam lak...tp takde apa2 sbnarnya...free...sje je tingin sekali skala...ingat lg..dulu masa mula2 nak peknen mesti tingin makan nasi knuri...kna lak time tak knuri...susah gak le nak cari...walaupun ada jual kt kedai,tp x sama ngn makan di knduri...dengan air asam dia....kna lak ngn kari daging yg ada lemak2 sket tu...fuh sedapnya....sehingga menjilat jari....affiq suka sgt le kari daging yg ada lmak2 nia...dia slalu ckp nk daging yg lmbut2 tu...bkn daging affiq oii...itu lemak....

bangun pagi2 ni kdg2 rasa best jugakkan...dok termenung sorang2 sambil layan blog n fb ni...waa...rasa cam tak berseorangan je...ramai menemani....tu le skang aku pun dh giler sket ngn fb ni....klu tak buka sehari rasa cam tak berseri je dunia ni...yang bestnya fb ni bkn apa mmbuatkan kita jd muda kembali...he...he...ye la dah jumpa ngn member2 lama yg kebnyakannny adh jadi mak n bapak org...rasa cam reunion pun ada...byangkan lah masa umur 17 thn jumpa...sakang dah berapa lama x jumpa...dkt2 15 tahun tuh...mcm2 perubahan...pastu skli statrt chat mmg tak leh berenti le plak...ibu2 dah lupa dah ada anak kecik kt umah...he...he..pepun jgn smpai lupa tnggungjwb dah le....
ni cite lak psl smlm....affiq ni dok ajak aku p taman kt dpn umah tu..masa tu dh kul 6 lebih...kbtln lak nk pi amik makcik di kt tmpat keje kt pb tu...so,terus je la pegi kt tmpt biasa....hari dh nk malam...tp still ada orang dok jogging n bw ank beriadah...cam happening je...suka sgt pgi tmpat ni...smbil lpak2 leh hilngkn sket serabut kpala ni...rasa tenang je kt cni smbil mnikmati angin senja....tpat kul 7.30...kitorang balik le....sian akif tnggal kt umah ngn tok..td msa nk datang dia tdo lg....layan le gmbr2 ibu n affiq yg tk seberapa ni...main capai je apa yg nk dpkai...skali tgk gmbar,baju oren,tdung merah belang2...leh masuk ke...blasah je la...





Monday, March 8, 2010

Detik mencemaskan...

Hari ahad yg lepas...cam biasa hubby p kelas tinggal aku n anak2 kat umah...hubby bw keta rini..aku pun tak kisah le...ingtkn takde apa-apa..dlam kul 10 gitu affiq suh aku masak mee sbb dia kata perut dah lapar..masak je la..pastu letak telur..pas dah siap tu,aku pun suap le affiq makan sambil tgk tv...kebetulan aqiff pun ada kt cni..asyik nganga2 je mulut dia..pastu siap tarik2 sudu lagi..nak makan juga...aku pun dengan selamba je..suap le dia telur...pastu dia cam suka..sedap kot..aku pun suap le lg..dkt nak abis gak telur tu...pas je makan aku bg mandi n tidokan aqiff

Dalam kul 12.00 gitu tiba,tiba dgr aqiff nangis dr dalam bilik...ingatkan affiq yg kacau adik dia..skali aku tgk aqiff asyik dok tenyeh mata...mata pun dah merah n bengkak...terus angkat dia dr buai..tgk2 satu badan dah bengkak2 n merah...dia pun nangis tak berenti..camne nak buat ni..aku dah panik...dah le keta takde ni...jiran2 smuanya cam takde je..hari ahad kan...smua org kuar..pastu cal adik aku,dia ckp dia kt Changlun,anta bini dia kt uum..aduii..camne ni..tiba2 ingat mdak aku yong dok dkat ngn umah ni...mgkin fazli ada kot(menantu dia)..cal dia..dia cakap fazli ada n jap lg dia datang...aku pun siap2kan aqiff..aqiff lak dok nangis tak berenti..samapai cr suar dia pun dh tak jumpa..pakai je la baju apa pun...

Pastu dlm 15 min,mdak dtng, bw gi klinik..masa tu mmg dah teruk le bengkak2 dia...dgn nangis tak berenti..aku pun dah tak tau nak wat apa...sampai klinik...bila masuk je bilik doktor..doc tanya nape...aku ckp bdn dia bengkak2..doc tanya "ada makan telur ke".aku angguk je lah...doc check suhu dah tinggi sgt..terus injection...kena tunggu kt klinik tu dlm 1/2 jam sbb doc nk tgk perkembangan dia ok ke tak ok...lepas 1/2 jam..alhamdulillah bengkak dah hilang...lepas tu doc siap bg surat lepas ni utk injection 1 thn kna wat kat hospital,tak leh wat kat klinik biasa...lepas injection kna dok kat wad 1 hari..aduh...aqiff mmg ada allergic..sepatutnya bdk yg umur bwh 1 tahun mmg tak leh mkn telur sbb antibodi dlm badan diorang mmg lemah..sbb tu diorang dpt injection 1 thn tu...aku pun tak tau gak bab2 medical ni,lps dah doc terangkn baru faham...lepas ni jgn sekali2 bagi telur atau makanan laut sblm usia setahun...klu baby yg takde allergic mgkin takde masalah kot...aku rasa le...

Walau apa pun pasni kena beringat la...tak sempat dah nak amik gambar waktu dia kna tuh...gambar kt bawah ni..sehari selepas dia kna allergik..dah smakin sihat n lasak....dah mula berdiri n memanjat...boleh tahan le lasak dia....




Saturday, March 6, 2010

Affiq @ Maulidurrasul

Dah lama betul aku tak hapdet blog ni..dah bersawang pun...lantaran kesibukan dgn pelbagai masalah mmbuatkan umah aku ni sunyi je...sbenarnya banyak yg nak citer,citr psl nikah,knuri,jln2 n mcm2 lagi..tak tau yg mana 1 nak didulukn...last-last citer ni aku dulukan...

ni citer pasal sambutan Maulidurrasul yang lepas...tempat aku keje ni(Batu Kawan) ada wat sambutan Maulidurrasul.aku pun pegile,rasa brsalah lak klu tk pegi...bkn apa tgs aku ni mmg kna brmsyarakt dgn pnduduk kt cni..klu tk brbaik ngn diorng camne diorg nk dtg libry...bila hbungn dgn dorg baik,snang le nk ajak diorang join apa2 aktiviti nt...leh dkatakn batu kawan ni tmpt yg aktif gak...
citer psl hari tu, aku bawa affig pegi...dia bukan main suka sangat..excited sungguh...dari awal pg lagi mmg mood dia baik...kul 7 dah bangun..pastu siap nk pakai baju melayu ngan songkok...sampai je kt stadium org dah ramai...aku ingt nak follow kot blakang ng kete je,takut affiq tak larat berjalan..pastu dia siap ajak aku berjalan sbb dia tgk ramai budak2...so kitorang pun ikut le skali brjalan...mula2 tu affiq siap lari lg...seronok sgt..pastu siap berselawat..."ibu,ni selawat nabi kan ibu,yg kita slalu dgr dlm kete tu kan ibu..."kat dlm kete ni aku slalu psg cd zikir penawar hati -munif tu...dia siap leh hafal lg sbb tiap2 hr dgr...'dah lps berselawat tu...dalam 1 km gak dia brjalan...pastu mula la dgr.."ibu,affiq mcm tak larat le..."alahai affiq...dah mule le tu...last2 trpaksala aku tmpangkn dia ngn seorang kakak tu...affiq siap pelawa ibu tak nak naik moto ngan affiq ke....tu le citernya..pastu 2-3 hr asyik citer pasal tu...kat bawah ni ada gambar-gambar...layan je...














Friday, March 5, 2010

Coretan untuk seseorang....





Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah..
ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
seiringkanlah kami melayari hidup ini..
ke tepian yang sejahtera dan abadi..
maka jodohkanlah kami..

Tetapi ya Allah..
seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku.
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah saya dengan takdir Mu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu…

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini…
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
Kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang
Beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan
Hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan
Soleha…

Ya Alllah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan
di akhirat…
dan peliharalah kami dari azab api neraka…
AMIN..AMIN..AMIN…
Ya Rabbal’aalamin