Alhamdulillah syukur kerana masih berpeluang untuk menyambut ramadhan kali ini...Walaupun pelbagai dugaan yang datang... sebagai insan yang redha atas ketentuannya tak pernah terdetik dihati ini untuk menyalahkan takdir..Sesungguhnya ujian yang datang tu tanda Allah sayang pada kita..kalau kita tak mampu Allah takkan uji kita dengan ujian yg sebegitu hebat...


Cerita pasal aqiff pulak..sebelum ni kan aqiff selalu je sakit2..asyik demam je...baru2 ni aku try bg dia makan minyak ikan..alhamdulillah rasanya dah sebulan dia ok..takde selsema lagi...tiap2 pagi dah request nak makan nasi @ apa2 je yang leh dimakan..aqiff ni jenis yang pemakan x mcm abg dia ...bagi lah apa je semuanya dia makan..tapi badan je tak naik2...sekarang ni dah pandai cakap walaupun kadang2 jenuh jugak nak faham..semakin lasak n dah leh saing ngn abg..klu tak asyik kena buli je..skang tidak lagi...Aqiff ngn abg mmg berbeza..aqiff tak manja n sangat berdikari..selalu kena tinggal dengan tok kat umah...aku selalu bawa affiq klu nk kuar mana2 sebabnya klu bawa aqiff paham2 je la..dia paling suka dok kt stereng...so,untuk memudahkan keje ibu..terpaksa aqiff ditinggalkan...
Semoga kedatangan ramadhan kali ini akan memberi seribu makna untuk kita wahai anak-anakku...