Friday, October 3, 2008

Si Kecil Affiq

Dah lama tak bercerita tentang affiq, si kecil kesayanganku...dah nak masuk 2 tahun, 2 bulan. sekarang dah makin pandai cakap..seminit pun tak berenti bercakap. Lasak pun bukan mainlah..Affiq ni kesayangan tokndak(bapa sedara aku) dia...sempena hari raya ni, dapatlah baju melayu sepasang. Tiap-tiap tahun tokndak mesti beli punye.so. ibu tak payah belilah..baju melayu sepasang pun dah cukup. Baju tahun lepas pun leh pakai lagi..
sekarang ni dah pandai cakap..

'ibu, nak pakat ticet(t-shirt)ngan cuar jean"
'ibu cayang adik kan....'

kalau aku marah je mesti cakap camtu...
sekarang dah pandai sebut A-ayam, B-bola, C-Cawan sampai huruf O je...
tapi ada satu hari tu aku tanya dia. dia sebut B-B--I. Bertuah betul. Tak penah aku ajar sebut camtu.Ntah dari mana dia blaja pun tak tahu. Budak-budak sekarang ni memang cepat betul blaja.Tambah-tambah benda yang tak elok. Tu pun belum jumpa kawan lagi. Aku p keja anta dia dok ngan tok dia.kalau anta nursery tak taulah camne..

Ni le baju melayu yang tokdak beli tu....

suruh bangun tak nak...malu....


Belek le baju tu....labuh sket la seluar tu...







3 comments:

  1. alaaa comeinya affiq...
    rasa nak muah2 je..hehe

    salam kenal juga dari azza..
    tkaseh singgah di blog..nnti azza linkkn ya..

    ReplyDelete