Thursday, January 29, 2009

Bersantai di Tepi Sungai

Ari Isnin petang,aku memang tak ke mana-mana,hubby pulak buat ot (cari duit lebih). Affiq pulak asyik dok cakap boring jek sehari dok umah..mana nak pegi ni..kat sini banyak jugak tempat best-best..kat Taiping pun bnyk tempat menarik..tapi ye la kena ada budget sket la..Memandangkan keadaan ekonomi yang tak brapa stabil ni,aku kena la berjimat..klau nak jalan jauh-jauh tu pikir 2-3 kali ler..tunggu ler ibu ada duit lebih..leh ler kita pi jalan-jalan jauh sket..

berbalik pada citer petang isnin tu..aku bawa ler affiq p tempat riadah yang paling hampir dengan rumah..tepi sungai..nama tempat tu,kalau orang parit buntar tau ler,dekat jam besar tuh...tu ler tempat paling jimat.murah dan selesa..affiq nak bersantai pun boleh sangat..nak lari pun boleh..tempat tu ler yang aku slalu bawa affiq...bawa ler bekal-bekal apa yang patut..roti ke,milo ais ke...pastu biar je la dia main kat situ..kebetulan plak maklang,paklang,paktih,makcik n tok dia pun nak ikut sekali...leh ler tumpang bersantai sambil menikmati angin petang..


tengok ler tu,dok mengintai apa lah...




tuh tengah best bersandar kat belakang ibu,ibu leh amik gambar belakang jek..



Sibuk je nak tido kat atas tempat tu...


Ni tengah tengok lampu kat situ...




Ari pun dah senja....






Ni ler sungai yang ada kat situ,kalau tak silap Sungai Kerian kot...


Dah nak malam pun..jom ler kita balik......









Citer ari cuti...

Kelmarin aku dah start keje, Alhamdulillah setelah 4 hari bercuti..Lega rasanya..memang berehat betul.Tak kemana-mana..hanya dok kat umah je..Cuti 4 hari ni aku manfaatkan sepenuhnya.hubby plak kena p kelas ari sabtu dan ahad..ari ahad aku dok kat umah..Affiq plak tok dia datang amik..
sebenarnya aku dah plan nak kemas umah..sejak 2-3 hari ni aku rasa badan dah ok..agaknya fasa-fasa yang kritikal tu dah nak abis kot.dah nak masuk 4 month pun..Aku prasan gak aku ni klu dah tak mabuk tu rajin sgt..kadang-kadang buat keje yg bukan2 tu..
mula-mula pagi tu aku kemas umah,kemas tempat pinggan mangkuk,mop lantai,basuh bilik air..dah settle semuanya tingin plak nak minum soya..actually aku klu nak mkn soya slalunya buat sendiri je sebab kt umah ni ada soya maker..murah dan menjimatkan.beli je kacang soya yang timbang tu sekilo baru RM3.00..hasilnya leh dapat dalam 10 liter..jimatkan..kalau yang dlm kotak tu 400ml pun dah brapa..lagipun dia dah campur ngan macam-macam benda..rasa pun dah tak asli..cuma nak buat sendiri kena rajin sket la..
Petang tu dalam kul 3.00 aku buat le soya tu ..pekat giler...sedap ni..rasa pun asli..pastu tu tengok ada lak roti kat atas almari tuh yang dah nak expired..dok pikir-pikir klau tak buat sesuatu alamatnya masuk dalam tong sampah le..so,aku bukak fridge,ada pulak sosej..so, tanpa buang masa aku pun buat roti sosej..ee..rajinnya ibu ari ni..(setelah hampir 2 bulan aku tak masuk dapur)disebabkan alahanyang teruk..baru ari ni aku leh jenguk dapur.
akhirnya kul 5.30 semuanya settle..aku nak p umah mak nak amik affiq sambil tu bawa le jugak soya n roti sosej yang aku buat tu..laku betui..(kt umah mak ada ramai,semua adik-adik balik)..sory le, gambar soya n roti sosej lupa plak nak snap.klu tak leh masuk dlm entry ni kan..sebelum aku terlupa..ni kat bawah ni novel yang aku dok baca petang-petang ari cuti n sebelum masuk tido....dah abis pun...best gak citer dia.."Seribu kali Sayang"..

..

Friday, January 23, 2009

Cuti yang panjang...

Rini ari last keje sebelum cuti raya cina yang agak panjang...Mula-mula plan nak balik kg hubby kat sungkai,tapi dah tak jadi ler coz hubby dah start kelas rini. Nampaknya cuti ni kena dok umah jer la..nak rehat puas-puas..pastu nak kemas umah..sejak pregnant ni aku maleh betui nak gi mana-mana..kalau boleh nak lepak kat umah je..sambil baring-baring baca novel. Tu ler paling nikmat sekali..Affiq sekarang pun baik sangat..tak meragam.dah pandai bawa diri.semalam aku masuk tido awal dalam kul 9.30...dia ngan ayah tak tido lagi..biar ayah dia je layan dia..tapi kejap-kejap datang kat aku,suh bancuh susu la...nak vitagen la..nak ribena la..macam-macam plak permintaan dia..aku buat tak dengar je..pastu dia p mintak kt ayah dia..he..he lega..pastu aku pun terlelap...sedar-sedar dlm kul 2 lebih..tengok dia dah terlentok kat sebelah aku..pakai pampers je..baju dan sluar ntah hilang ke mana..selalunye kalau aku yang bagi tido,aku mesti salin pampers n tukar baju dulu,baru le selesa dia nak tido..tapi ayah yang mengasuh..biasala..takpe lah.janji ibu leh rehat dengan aman....

Tuesday, January 20, 2009

Hubby sambung belajar...

Semalam hubby dapat surat yang dah lama ditunggu-tunggu...Surat tawaran sambung belajar kat Politeknik Seberang Perai..dah tua-tua pun nak blaja lg..Hubby buat luar kampus je..Dia sambung buat Diploma Pengurusan Perniagaan. Hubby ni ada sijil poly je sbelum ni..so,kalau nak naik pangkat ke GM tu susah sikit ler sebab takde Diploma.Pasni dah ada diploma senang le sket nak naik pangkat..Lepas ni Sabtu ngan Ahad, aku dan Affiq memang takleh jalan mana ler..tapi merdeka le jugak..sebab hubby takde kat umah..Leh tido sehari-harian ngan Affiq..bestnya.. kalau hubby ada kt umah ari cuti,aku ler yang penat..tak leh ler nak berehat je..Lepas dah sambung blaja ni hubby tak risau le..aritu masa aku dapat interview LPP dia cukup risau..bkn apa takut aku jadi bos dia..last-last tak pegi pun intrview tu..Bercakap pasal poly ni,aku pun budak poly jugak dlu..POLIMAS..hubby POLY Shah Alam..Dan adik-adik aku n hubby pun kebanyakan student poly. Adik aku yang ke-2 ex student poly KB,yang ke4 & 5 PUO..Adik hubby plak sorang kt poly Tanjung malim n sorang kat POLIMAS. Keluarga poly ler kitorang ni...Ana...ko pun poly gak kan...POLISAS kan..he..he..

TAG dari Ana


1)Copy badge "2008 cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkn di blog anda

2)Link / n citer kan kembali siapa yang memberi award ini kpd anda.

Sape lagi..my best pren le..dahliana..

3)Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta /hobi diri sendiri sbelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag)

1.Ibu kepada seorang anak Affiq Naufal,bakal nak masuk 2,kalau tak dah nak masuk 3 anak (anak sulung meninggal waktu dlm perut 9 bln..
2. Isteri kepada Rizal Affendy B.Mohd Yusof..kawan waktu sekolah menengah dlu..masa sekolah tak penah bertegur sapa pun..dah jodoh..jumpa blk bila masing-masing dah keje
3.Suka mencuba resepi baru (sblm prgnant)skang tengok n bau bawang pun dah nak muntah..Hobi ni terpaksalah di postpone kan..
4.Sensitif jugak kadang-kadang
5.Penyayang
6.Suka membaca ...apa benda je tak kira lah..majalah ke,novel ke..
7.Jarang tengok tv waktu malam,kalau tengok tv pun tengok berita je..pastu klu tgk gak,alamatnya tido dpn tv la..tak tahan..rasa best je tido dpn tv ni..
8.Kalau buat keja tu, mesti buat seabis baik..letih sket pun takpa..janji puas hati
9.Aku Lahir kat Hospital Taiping,hubby pun kat Hospital Taiping,Anak sulung dan yang ke-2 pun kt hospital Taiping gak..Walaupun aku ngn hubby bkn daerah yg sama,hubby org sungkai,aku b.serai..kebetulan..so,kt surat beranak kami 4 orang semua tulis lahir kat Hospital Taiping..
10.Cepat Ingat nama orang dan mudah cam orang walaupun baru sekali berjumpa..


4)pilih 5 penerima award setrusnya n nyatakan di blog anda.
1.Ros
2.Yanmie
3.Sis tirana
4.jinahdanish
5.Ayu

5)jgn lupe melawat blog kawan anda yg telah di tag n menyatakan dia telah telah di tag.

Wednesday, January 14, 2009

Tag dari Sahabat Lama...

Tak perasan pulak aku di tag..dah lama tak menjawab tag ni..tag ni datangnya dari kawan lama merangkap best pren aku ler masa kat skolah dulu..kamceng giler-giler ngan si ana ni. Dah lama lost contact ngan dia.akhirnya bersua kat alam blog ni..

1)Do you think you'r hot?
takde la...kita ni biasa-biasa je..

2)Upload ur favourite picture of you



3)Why do you like that picture?
Suka gambar ni sebab tengokle si affiq tu, bukan main mengajuk aku berposing,nampak cam comel je..dia pulak yang lebih-lebih..
4)When was the last time u ate pizza?
Eh dah lama tak makan pizza, dah bertahun agaknya..bila nak gi mkn pizza je,affiq mesti nak p kfc..dia suka sgt kfc.pastu klu ngan hubby plak bila diajak mesti dia ckp makan pizza tak kenyang le..lebih baik makan nasi..last-last tak jd ler mkn pizza...Tapi sejak dua tiga ari ni memang dok tingin pizza ler pulak...kena pi ni..
5)The last song u listened to
ayat-ayat cinta...ari-ari dengar bila buka blog aku ni
6)What r u doing right now besides this
dok sembang ngan kak nah, my assistant
)What name would you prefer besides your?
takde..nama ni memang dah glamer abis dah..
People i tag..
tak de yang nak di tag...so soalan yang seterusnya tk perlu dijawab le...he...he...

Thursday, January 8, 2009

Ibu ada duit tak?

Ni Affiq masa umur setahun lebih...

Masa ni dia tembam betul....


Aku nak citer sikit pasal si kecik kesayanganku ni..dah 2 tahun 4 bulan dah si affiq ni...sekarang bukan main petah bercakap. dia membahasakan diri dia adik...skang ni aku cube le nak tukar panggilan adik tu ngan abang, takut nanti dah terbiasa.dah ada adik kang payah lak nak tukar..

Ada satu hari tu tengah aku drive keta,tiba-tiba dia tanya...

'Ibu,ibu ada duit tak?'

Pelik jugak pertanyaan Affiq ni..slalunya tak penah pun tanya camtu...rupa-rupanya dia dah nampak sesuatu...dia nampak KFC..tempat favourite dia..Agaknya dia tak nak le berterus terang yang dia nak KFC,buat-buat le tanya aku ada duit ke tak..selalunya aku akan beli apa yang dia suka waktu time gaji je..kalau time lain aku akan cakap ibu takde duit,so tak boleh beli la... Penah satu hari tu..dia buka purse aku,pastu dia nangis..aku tanya kenapa?pastu dia tnjuk beg duit aku..rupa-rupanya dalam beg duit tu takde duit langsung..Dia menangis cam sedih sangat...teresak-esak lagi..rupa-rupanya budak sekecil itu pun tahu nilai duit..dia paling suka kalau dalam beg duit aku tu ada 'duit kren'..duit kren tu sebenarnya duitRM50 (Kan ada gambar macam kren kt duit tu,dia yang prasan gmbr kren tu..).

Citer pasal kfc tu tadi, lepas dia cakap camtu orang lain plak rasa kesian (kebetulan plak masa tu paktih dia ada dlm keta tu,lastly dapat ler affiq makan KFC jugak aritu sebab paktih nak belanja..Tu ler rezeki budak-budak...Alhamdulillah Affiq sejak lahir sampai sekarang rezeki dia murah...Disebabkan kepetahan dia bercakap ramai ler yang berkenan..pastu lak pandai amik hati orang..kalau orang bagi apa-apa kat dia siap kiss lg orang pastu ckp'Kashih...' time kasih le tu..

Tuesday, January 6, 2009

Inilah Duniaku....

Dah lama sebenarnya nak citer pasal tempat keje aku ni..mungkin lain sikit pada orang lain..ye la orang lain semua keje kat ofis..aku lak keje kat library..sebenarnya bila difikir-fikirkan banyak keistimewaan keje library ni..Tiap-tiap bulan tak payah beli majalah..seawal 26 hb majalah baru dah sampai..ada 10 majalah yang dilanggan Wanita,Keluarga,Pa& Ma, Rasa,Mastika dan macam-macam lagi..sampai tak larat nak baca..tu tak kira dengan buku-buku..tiap-tiap tahun akan ada buku baru yang sampai..koleksi novel sahaja mencecah 200-300 buah buku..bayangkanlah betapa bestnya..tak payah beli..satu-satu novel pun harga mencecah RM20-30. Tu tak termasuk buku-buku lagi..Ada koleksi yang terdapat di perpustakaan ini harga mencecah RM100-200 sebuah. Semua buku-buku yang baru aku le yang rasmi dulu..tuu le untungnya keje camni..walaupun nampak cam tak glamer,tapi banyak ilmu yang dapat..Aku pulak memang jenis suka membaca..Selain tu koleksi buku untuk kanak-kanak pun banyak.Ada buku yang bersiri, harga untuk satu siri sahaja mencecah ratusan ringgit..bayangkanlah kalau kita nak beli memang tak terbeli..Walaupun perpustakaan ni perpustakaan desa,tapi ia dibawah Perpustakaan Negara Malaysia,jadi memang berlainan le ngan perpustakaan desa yang lama-lama tu..ada orang tak nak datang sebab ingat perpustakaan desa ni cam perpustakaan desa yang dulu-dulu,takde kemudahan apa..sekarang ni semua dah canggih..dah ada air-cond, internet free,buku-buku terkini (promote nampak),semua buku baru-baru tau..



Ni koleksi buku untuk rujukan,tapi still boleh pinjam..

Ni pulak koleksi majalah...
Buku ni untuk anak-anak kecil..Buku ni adalah koleksi buku 'besar'..leh baca kat library je..

Ni buku untuk kanak-kanak...
ni le suasana sewaktu user dah takde...sunyi je...
Ni pulak bilik untuk aktiviti kanak-kanak..
Ni le hasil-hasil kreatif budak-budak tu,dibawah bimbingan
aku le...
Ni semua gambar bilik aktiviti..



Ni koleksi buku yang ada....

Camtu la serba-sedikit pasal library ni...pada teman-teman tu rajin-rajin le gi library yang terdekat dengan tempat tinggal anda...Semua kemudahan adalah percuma...(perpustakaan desa di bawah PNM ler..kalau perpustakaan awam negeri tu,kena gak bayar kalau nak jadi ahli) kalau kita tak amik kesempatan ni rugi tau...


TUJUH KALIMAH...

Sabda Rasulullah SAW:

"barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahhirrahmannirrahim: Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulliah: Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu
3. Astagfirrullah: Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk
4. Insyaallah: Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang
5. Lahaulawalaquataillahbillah: Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillah: Jika menghadapi musibah atau melihat kematian
7. Laailaahaillallah: Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah

...Sekadar memanjangkan email yang diterima dari seorang teman....

Monday, January 5, 2009

Bersyukur dengan apa yang ada...

Hari ni dah lima hari kita melangkah ke tahun baru...Ntah le kenapa tahun ni tak rasa sangat suasana tahun baru tu ..mungkin keadaan aku yang camni..tak terfikir langsung apa azam baru... 2 Minggu lepas pi klinik..dah 9 minggu doc ckp..Alhamdulillah semuanya ok..Rasanya pregnant kali ni memang agak teruk alahan...tekak asyik loya je dari pagi sampai petang. Tambah plak bila tak makan..perut ni dah tak boleh kosong..Dah le tu sekarang ni sensitif sangat..tengok tv pun leh nangis..Yang paling sedih bila tengok nasib kanak-kanak Palestin..Sedihnya.. Tuhan je yang tau...Yang sedih sangat tu bukannya apa,aku tengok kanak-kanak yang terkorban tu semuanya sebaya affiq je..tingat affiq..apalah yang dia tau...Kita yang hidup aman damai,bersyukurlah dengan apa yang ada.... Walaupun hidup tak mewah dan kadang-kadang apa yang kita inginkan tak tercapai, bersyukurlah....Mungkin ada hikmah yang tersembunyi...
Bercakap pasal tahun baru ni,satu je yang terlintas di fikiran .. aku ngan hubby nak kumpul n cari duit..ye la tanggungjawab semakin bertambah,kena le lakukan sesuatu..nak buat ape ye..dalam kepala ni macam-macam terfikir. .tunggu le..Mintak-mintak ada rezeki anak-anak..