Tuesday, January 6, 2009

Inilah Duniaku....

Dah lama sebenarnya nak citer pasal tempat keje aku ni..mungkin lain sikit pada orang lain..ye la orang lain semua keje kat ofis..aku lak keje kat library..sebenarnya bila difikir-fikirkan banyak keistimewaan keje library ni..Tiap-tiap bulan tak payah beli majalah..seawal 26 hb majalah baru dah sampai..ada 10 majalah yang dilanggan Wanita,Keluarga,Pa& Ma, Rasa,Mastika dan macam-macam lagi..sampai tak larat nak baca..tu tak kira dengan buku-buku..tiap-tiap tahun akan ada buku baru yang sampai..koleksi novel sahaja mencecah 200-300 buah buku..bayangkanlah betapa bestnya..tak payah beli..satu-satu novel pun harga mencecah RM20-30. Tu tak termasuk buku-buku lagi..Ada koleksi yang terdapat di perpustakaan ini harga mencecah RM100-200 sebuah. Semua buku-buku yang baru aku le yang rasmi dulu..tuu le untungnya keje camni..walaupun nampak cam tak glamer,tapi banyak ilmu yang dapat..Aku pulak memang jenis suka membaca..Selain tu koleksi buku untuk kanak-kanak pun banyak.Ada buku yang bersiri, harga untuk satu siri sahaja mencecah ratusan ringgit..bayangkanlah kalau kita nak beli memang tak terbeli..Walaupun perpustakaan ni perpustakaan desa,tapi ia dibawah Perpustakaan Negara Malaysia,jadi memang berlainan le ngan perpustakaan desa yang lama-lama tu..ada orang tak nak datang sebab ingat perpustakaan desa ni cam perpustakaan desa yang dulu-dulu,takde kemudahan apa..sekarang ni semua dah canggih..dah ada air-cond, internet free,buku-buku terkini (promote nampak),semua buku baru-baru tau..



Ni koleksi buku untuk rujukan,tapi still boleh pinjam..

Ni pulak koleksi majalah...
Buku ni untuk anak-anak kecil..Buku ni adalah koleksi buku 'besar'..leh baca kat library je..

Ni buku untuk kanak-kanak...
ni le suasana sewaktu user dah takde...sunyi je...
Ni pulak bilik untuk aktiviti kanak-kanak..
Ni le hasil-hasil kreatif budak-budak tu,dibawah bimbingan
aku le...
Ni semua gambar bilik aktiviti..



Ni koleksi buku yang ada....

Camtu la serba-sedikit pasal library ni...pada teman-teman tu rajin-rajin le gi library yang terdekat dengan tempat tinggal anda...Semua kemudahan adalah percuma...(perpustakaan desa di bawah PNM ler..kalau perpustakaan awam negeri tu,kena gak bayar kalau nak jadi ahli) kalau kita tak amik kesempatan ni rugi tau...


2 comments:

  1. Best nye tempat keje ko...nih kalu aku yg keje kat situ, mesti tak wat keje..lagi2 kalu ada novel, mesti aku keje novel, makan novel, tido pun novel...alamatnya terabai le si khalis...he.he..

    ReplyDelete
  2. bestnye dpt bace buku, library kat mane ni tpt kejenye nih?

    ReplyDelete