Dah lama sebenarnya nak try wat blueberry Cheese Tart ni...Actually aku memang suka resepi-resepi baru ni..skali wat menjadi..bila dah jadi tu syok le..mcm-mcm design aku wat...tapi semuanya ada dalam memory kad yg dah trkena virus tuh..cuma satu gambar kt atas tu je yg sempat amik..klu tak ada gambr step by step lagi...mlm ni nak wat lagi..nak kem kat adik ipar..ita untuk di bawa balik ke kg hubby..leh ler mak ayah n adik-adik rasa...dah lama tak balik kg...terasa rindu le pulak,tapi nk wat cmne... ari ahad ni adik hubby yang no 3 (napi) nak bertunang ngan orang Bota...rasa cam kecik je lagi napi ni...sekali dah nak brtunang..betapa cepatnya masa berlalu...Kitorang hanya leh p majlis brtunang je sebabnya ari sabtu n ahad ni ada family day ofis hubby kt Lumut..Disebabkan dah lama tak jenjalan bawa anak-anak,so,amik ksempatan ni la...bawa Affiq n Aqiff jalan-jalan... kat bawah ni ada resepi Blueberry Cheese Tart..sape yang berkenan try le...
Bahan-bahan ( 10 biji )
- Bahan untuk Sweet Pastry:-
- 125 gm ment
- 60 gm gula aising
- 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
- 240 gm tepung gandum
- Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
- 250 gm cream cheese
- 50 gm gula aising
- 20 gm mentega (lembutkan)
- 1/2 sudu besar perahan lemon
- 1 biji telur (gred B)
- Blueberry pie filling
Cara-cara
- Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
- Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
- Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
- Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.
sedap ni, boleh try :)
ReplyDeleteamboi sedapnya..terliuq tgk..mai hantar 2-3 biji kat azie...
ReplyDeleteBila lagi nak buat cheese tart yang menjadi favourite mama ni ye? Mmmmm...
ReplyDelete