Thursday, October 28, 2010

Replika Baju Nabi Adam-Sekadar berkongsi maklumat

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: “ Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Allah telah menjadikan Nabi Adam setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya Allah berfirman: Pergi dan berikan salam kepada kumpulan itu. Mereka adalah sekumpulan Malaikat yang sedang duduk, maka dengarlah jawapan mereka kepadamu kerana salam itu adalah salam penghormatan untukmu dan keturunanmu. Maka Nabi Adam pergi dan mengucapkan: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ Mereka menjawab: السَّلَامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ Mereka menambahkan وَرَحْمَةُ اللَّهِ Maka rupa bentuk setiap manusia yang akan memasuki Syurga adalah seperti Nabi Adam. Ketinggiannya enam puluh hasta. Setelah Nabi Adam, rupa bentuk (ketinggian) manusia terus berkurang hingga sekarang Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5075
60 hasta itu jika di kira pengiraannya dari skil metrik adalah dalam 28-30 meter.
Sekarang cuba kita lihat bagaimana tingginya Nabi Adam as. Baju tersebut hanyalah replika dibuat di Jeddah, Arab Saudi. Sekadar untuk melihat setinggi manakah rupa bentuk Nabi Adam A.S. Tempoh menjahit 18 hari. panjang 29 meter dan lebar 9 meter

~ dilampirkan bersama gambar baju yang dibuat ~
****Sekadar berkongsi maklumat dari emel yg diterima dari seorang teman

No comments:

Post a Comment