Followers

Tuesday, December 22, 2009

Blueberry Cheese Tart




Dah lama sebenarnya nak try wat blueberry Cheese Tart ni...Actually aku memang suka resepi-resepi baru ni..skali wat menjadi..bila dah jadi tu syok le..mcm-mcm design aku wat...tapi semuanya ada dalam memory kad yg dah trkena virus tuh..cuma satu gambar kt atas tu je yg sempat amik..klu tak ada gambr step by step lagi...mlm ni nak wat lagi..nak kem kat adik ipar..ita untuk di bawa balik ke kg hubby..leh ler mak ayah n adik-adik rasa...dah lama tak balik kg...terasa rindu le pulak,tapi nk wat cmne... ari ahad ni adik hubby yang no 3 (napi) nak bertunang ngan orang Bota...rasa cam kecik je lagi napi ni...sekali dah nak brtunang..betapa cepatnya masa berlalu...Kitorang hanya leh p majlis brtunang je sebabnya ari sabtu n ahad ni ada family day ofis hubby kt Lumut..Disebabkan dah lama tak jenjalan bawa anak-anak,so,amik ksempatan ni la...bawa Affiq n Aqiff jalan-jalan... kat bawah ni ada resepi Blueberry Cheese Tart..sape yang berkenan try le...

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • Bahan untuk Sweet Pastry:-
  • 125 gm ment
  • 60 gm gula aising
  • 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
  • 240 gm tepung gandum

  • Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega (lembutkan)
  • 1/2 sudu besar perahan lemon
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
  2. Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
  3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.
Resepi di ambil dari http://www.myresipi.com

Friday, December 18, 2009

Selagi ada rindu...

Dah lama sungguh aku tak update blog ni...dah bersawang-sawang...sebenarnya banyak sebab nape tak update blog..antaranya kesibukan yang melanda diri menjelang hujung-hujung tahun ni..pastu yang paling utamanya..aku punya memory kad dh trkna virus..so,abis semua gambar2 ..so apalah maknanya klu entry tanpa gambar...sedihkan...tapi untuk menghilangkan rindu pada blog ni buat sementara ,hanya ada entri tanpa gambar ..


Mula-mula sekali aku nak citer pasal umah baru..banyak kisah psl umah baru ni,tu sebabnya aku tak sempat nak poskan entry..terlalu sibuk dengan keje2 mengemas dan macam2 lagi la...sebenarnya seblum aku dok umah ni(umah sewa gak)ada jiran sebelah yang dah citerkan sesuatu psl umah-umah kat situ..tapi dah disebabkan last minute nak pindah baru tau citer ni,so kitorang tawakal je lah..dia mengadu anak dia asyik menangis je...tak leh bawa blk umah..klu balik je mesti nangis.anak dia sebaya akif le lebih kurang 5 bulan...pastu dia cakap mlm2 selalu dgr orang mencangkul(seram bulu roma aku)...bila dah dengar cite camtu,rasa tak sedap hati pun adalah jugak. Tapi nak wat camne..deposit dah bayar..so kitorang teruskan je la...


Mula-mula kitorang duduk tu,memang takde apa..Alhamdulillah..anak-anak pun tak nangis..lepas je sebulan...tiba-tiba je akif leh nangis.bukan sket2 nangis,kadang2 sampai biru.sedangkan seblm ni akif tak pernah nangis..malam-malam pun tido lena...yang aku hairannya dia akan start nangis bila waktu senja..spanjang malam mmg dia tido tak nyenyak...klu trjaga je mesti nangis kuat..masuk je 3 hari camtu aku memang dah tak tahan..nak kena berubat gak ni...mula2 memang tak percaya..tapi bila dah kena kat kita baru tau...lepas 3 hr dia nangis tu aku pun bw dia p berubat kt sorang pakcik tu..dia buat air untuk minum n garam untuk tabur sekeliling umah..(waktu akif nangis ni, anak jiran aku dah berenti nangis...agaknya dia brpndah mai kt anak aku pulak)..pas je balik berubat petang tu aku tgk prkembangan akif..sah...dia dah tak nangis Maghrib tu ...Alhmdulillah...mujarab..sampai skang dia dah tak nangis n aku n hubby leh tido ngan aman...


Sebenarnya taman umah aku ni dulunya kawasan sawah.pastu dimajukan utuk perumahan..kawasan ni memang agak keras..ye la menurut kata org2 kt cni , org dulu2 suka bela ......untuk membntu diorang wat krja...tu sebabnya dgr cam org dok mencangkul tanah tu...banyak kali gak aku dgr..tapi hubby cakap jangan tgur...aku pun diam je la...walau apa pun kita berserah je la..dia pun makhluk Allah,jangan ganggu kita udah le...kita pun tak nak ganggu dia...









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...