Followers

Tuesday, October 28, 2008

Sekali bah melanda...

Banjir datang lagi...daerah Kerian sekali lagi dilanda banjir..boleh dikatakan tiap-tiap tahun diorang kat sini memang dilanda banjir..ni kat jalan Selama (Beriah)..Penduduk kat sini agaknya dah tak kisah ngan banjir..Start bulan 11-12 je (musim tengkujuh) diorang dah bersedia ngan sampan dan bot..umah-umah diorang pun semuanya tinggi-tinggi belaka..Tahun ni kira bernasib baik le sebab banjir lepas raya..Tahun-tahun yang lepas pernah waktu raya pun dalam banjir..Tapi banjir kali ni tak lama..tak taula kalau ada fasa ke dua pulak..selalunya penghujung bulan 12 baru semuanya ok...Petang ahad ari tu..aku sempat le gi santai-santai tengok banjir kat sana...Affiq pun bukan main sibuk lagi..pagi Sabtu aritu dia siap ikut tokwan p tengok masa banjir..(Pagi tu ada lawatan isteri Menteri Besar Perak)..Affiq siap bersalam cium tangan lagi ngan Datin Seri..bila tanya je..Adik salam ngan sapa tadi? "Ngan atin ceri..." Tapi yang kelakarnya bila tengok bot penyelamat kat atas jalan tu terus takut..bot tu bunyi kuat...







Ni umah kawan aku...




Jalan ni tak leh lalu ni...dah ditutup untuk semua kenderaan










Budak-budak siap main air lagi..


Affiq merenung banjir..ada hati nak p redah banjir tu...




Takut le pulak..








Siap posing lagi...


































Kek Coklat Lembab..



Minggu lepas sibuk dengan kek coklat lagi...walaupun dah lepas raya,still ada tempahan.. rezeki Affiq ni..office hubby tempah 7 biji kek untuk jamuan raya..kat bawah ni ada resepi Kek Coklat Lembab. Sape nak tempah leh le...murah je...RM25 (2kg lebih kurang),RM12 (1kg). Walaupun resepi ni nampak simple,tapi gerenti jadi tau..tak percaya try le buat...


RESEPI KEK COKLAT LEMBAB

Bahan-bahan
Telur 4 biji
susu pekat 1 tin
tepung gandum 2 1/2 cawan( digoreng n diayak)
gula 2 1/2 cawab
koko 1 cawan (bancuh ngan 1 1/2 cwn air)
minyak 1 cawan
baking powder 1 sudu kecil
soda bikarbonat 1 sudu kecil
esen vanila
emulco (perasa koko atau coffee)

Cara membuatnya
1.Masukkan 4 biji telur.pukul hingga kembang.
2. Masukkan gula dan esen vanilla dan emulco
3.kemudian masukkan soda bikarbonat
4. Pukul hingga kembang
5.Masukkan tepung sedikit demi sedikit
6. Masukkan susu,koko dan minyak
7. Last sekali jgn lupa,masukkan baking powder
8. Pukul hingga kembang dan sebati
9. Bakar suhu 160 darjah selama 50 -60minit (sehingga masak)

Untuk Coklat sebelah atas:
Coklat Masakan
Butter
susu cair
(Masak secara double boiler)
Kemudian leh le tuang kat atas kek tu n letak le badam ke,
coklat rice ke...mengikut kesukaan le..










Monday, October 27, 2008

Syawal akan berakhir...


Lagi seminggu syawal akan melabuhkan tirainya...Terlalu sekejap masa berlalu..rasanya cam baru semalam je berpuasa..minggu ni dah pun nak abis bulan syawal..aku terlalu sibuk..tak taulah orang lain..rasanya tak sempat mengecapi manisnya Ramadhan..Sebulan berlalu tanpa disedari..sibuk dengan keje, dengan keletah anak..menjadikan hari-hari yang datang berlalu begitu sahaja..Namun masa tetap berlalu meninggalkan kita..Sedar tak sedar kita juga menghampiri penghujung 2008..Usia akan meningkat dan bertambah lagi..Disebabkan terlalu sibuk hingga aku terlupa..banyak betul yang aku lupa..ari ni ari paling lucu n paling tak dapat aku lupakan...aku datang keje dengan tak membawa beg duit,hp,kunci library,lesen n semua kelengkapan ku yang penting-penting belaka.Beg yg ada brg2 tertinggal kat umah mak masa aku anta affiq pagi tadi..terpaksalah gi umah knah,rupa-rupanya kak nah cakap ari ni cuti..cuti gantian Deepavali semalam...Ya Allah,camne la boleh jadi camni...aku tak tau pun..selalunya kalau cuti ari isnin,dah takde gantian dah..(kitorang cuti ahad,isnin)..nasib aku la ari ni...ni tawakal le nak balik,nak drive kete ngan tak bawa lesen n IC n beg duit jugak..nasib baik minyak kete ada... Jauh tu Batu Kawan ngan Parit buntar..Moga aku selamat sampai ke rumah...

Thursday, October 23, 2008

Bila Affiq bertemu Aifa...

Kerenah si kecil ni kadang-kadang boleh buat kita senyum sorang-sorang. Malam selepas kenduri Ju aritu,diorang adalah buat acara makan-makan..makn sate malam tu..si kecilku apa lagi bukan main lasaknya lagi...ke hulu ke hilir. Nak dijadikan citer ada seorang temanku yang membawa anak kecil jugak, tapi pompuan..comel...nama Aifa..kebetulan plak baju sama colour ngan Affiq..maroon..Affiq yang bukan main lasak tiba-tiba jadi baik le pulak..asyik ikut je budak pompuan tu pi mana-mana(anak teruna aku dah pandai dah...)siap pegangkan kasut budak tu lagi..mula-mula pegang kasut,pastu pegang tangan..pandai betui nak berkawan..last-last dua-dua hilang. rupa-rupanya anak teruna aku dah bawak si Aifa pi ke jalan besar..Nasib baik le sempat nampak. Kalau tak tak tau le camna...Jenuh gak le mak si aifa tu kejar..aifa dah stop..affiq plak makin laju..makin kejar, makin dia lari..aku dah tau dah anak aku memang camtu...lastly terpaksalah aku yang mengejar...akhirnya dpat gak aku kejar si kecik tu.. Affiq ni memang suka dengan budak pompuan, tambah plak yang comel-comel...kalau budak lelaki tu asyik kena buli je ngan dia..tak patut betul affiq ni..tapi kalau tanya nak baby tak?taknak... Tahun depan bulan 8 affiq dah tiga tahun leh la klu nak ada baby...klu bleh anak aku semua nak lahir bulan 8..(senang nak celebrate)..kalau nak lahir bulan 8, bln 12 dah kena pregnant...planning baik punye ni...tapi kita hanya merancang..Tuhan yang menentukan....

Affiq & Aifa tengah makan sate...ni je gambar diorang berdua...yang lain tak sempat snap.affiq asyik nak lari je

Ada lesung pipit tau hero aku ni...





dah sibuk dah...tengok tangan tu...


tengok le...khusyuknya dia











Nangis bila nak ambil gambar ngan unty ju dia..





Ni aifa....













Tuesday, October 21, 2008

Lembayung Senja di Ban Pecah,Tanjung Piandang


Keindahan alam ciptaan Tuhan...

Sebelum Ramadhan hari tu aku dan hubby sempat berkunjung ke Ban Pecah, Tanjung Piandang.
Masa tu nak tengok ofis hubby yang baru. (10 minit je dari ofis hubby). Dari rumah aku dalam 20 minit..Sebelum ni pernah datang tapi tak pernah le tunggu sampai senja. Rupa-rupanya pemandangan waktu senja memang cantik..Indahnya ciptaan Tuhan... rasa sayang nak tinggal tempat ni. kebetulan hari tu tak bawa kamera, cuma dpt snap guna hp je..gambar tak clear sangat..Kalau nak cari ketenangan bolehlah datang sini...dengan pemandangan laut yang luas..ditambah dengan deretan gerai-gerai makan yang menjual pelbagai jenis makanan..ada ikan bakar, mihun sup,char koey teow dan banyak lagi..tak leh nak citer..nak tau kena datang sendiri...yang membuat aku terliur adalah 'Char koey teow"...sedapnya... Bayangkanlah dapat menikmati char koey teow di tepi laut...dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa...kat sini takde pantai...sesuai untuk memancing....dan beriadah...
Ni saat mentari nak terbenam...
Dekat jeti...

Matahari dah terbenam..


Indahnya..



Affiq dan hubby...




hubby tak penah lepas tangan affiq...bahaya


Ibu dan affiq






Tengokle tu...affiq dah pandai posing..comei tak saya...






Anak kesayangan ayah...


Hubby mendukung affiq




Bot-bot nelayan..
























Monday, October 20, 2008

Wedding Of The year


Akhirnya sepupu kesayanganku selamat menjadi milik orang..dalam usia 24 tahun akhirnya bertemu juga jodohnya. Dah takde le teman baikku.Dulu sebelum hubby balik sini dialah teman rapatku..kehulu kehilir dengan dia..masa tu dia belum kahwin aku pun dok sorang sebab hubby keja kat kelantan.Kami kehulu ke hilir dengan membawa si kecik tu. Boleh dikatakan setiap minggu bila tak keja je, mesti keluar. Dia la orang paling rajin bawa affiq jalan-jalan.Sekarang ni dah susah sikit lah kalau nak kuar bersama..masing-masing dah ada tanggungjawab...dia dah ada suami,akupun dah ada hubby kat sini.Nak p mana kena p ngan hubby le.




Makan Beradab










Ikan Bawal Masak Sos




Nie yang paling aku berkenan...





Udang goreng mentega





Teman dari Melaka









Buah tangan untuk tetamu













LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...