Followers

Tuesday, April 27, 2010

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Artikel ini diambil di FB Tn. Guru Dato' Dr. Haron Din. Untuk renungan bersama dan peringatan diri sendiri


Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.
Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;
1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.
2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.
3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.
4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.
5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.
7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.
8. Beri minum air tersebut dan Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.

Pencegahan Awal
Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;

Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami

Monday, April 26, 2010

Terjaga di tengah malam..

Malam ni aku tido awal..sambil menyusukan aqiff matapun terlelap...tiba2 terjaga..teringat yang aku belum solat Isyak..terus bangun...lepas solat mata dah tak mengantuk...fikiran mula melayang2..teringat pasal ceramah integriti tadi...tadi aku cuti tp ada majlis kt PPAPP.Seb Jaya..Ceramah Integriti n Sambutan Hari Lahir Staf ...Mulanya ingatkn ceramah ni cam ceramah yg biasa2 aku dgr..slalunya bab integriti mesti membosankan dan membuatkn mata mengantuk..tapi kali ni..cakap betul..sikit pun mata tak rasa mengantuk.. 2 jam setengah rasa kejap je.....
Antara yang memberi kesan pada aku bila si penceramah tu cakap pasal family...integriti ni bermula dari didikan family...macam mana kita dibentuk oleh ayah dan mak kita sejak dari lahir hinggalah kita dewasa..inilah yg akan membentuk nilai integriti dlm diri kita..integriti tu apa yek?yang aku faham integriti tu sifat keikhlasan,amanah dan bersifat benar...sifat yang ada dlm diri kita akan membentuk peribadi kita di dalam pekerjaan...macam tu jugak apabila kita mendidik anak2...kita ni sbnarnya acuan untuk anak2 kita..anak2 kita tak akan mencari orang lain utk menjadi role model..sebaliknya mereka akan memilih kita sebagai contoh sbb orang yang paling mereka kagum dalam dunia mereka skarang adalah ibu dan bapa mereka...Seharusnya kita sebagai ibu bapa memberi contoh yang terbaik untuk anak2..muhasabah diri sekejap...Satu lagi ..apa yang kita buat pada ibu bapa kita sekarang..itulah yang akan kita terima apabila kita tua nanti....ingt tak iklan petronas yg anak dia jaga ayah yg sakit,pastu ayah dia slalu tumpahkn makanan..n anak dia asingkan tempat makanan utk ayah dia kt luar...pastu tiba2,anak dia yg masih kecil pun buat benda yg sama..letak meja kt luar sambil main2..pastu bila mak dia tanya nape buat macam tu..anak dia jawab.."nt bila ibu dan ayah dah tua ibu n ayah kena mkn kt luar,adik dan kakak makan kt dalam...see...macam tu le lebih kurang citenya...apa yg kita buat hari ni..akan membentuk minda ank kita skang...
Sebenarnya kadang2 kita sebagai ibu bapa lupa apa tanggungjawab kita...dalam mendidik anak2 kita nak anak lakukan yg terbaik tapi kita tak pulak buat yg terbaik...bukan kata kt orang lain..tp untuk diri sendiri juga..Macam Affiq sekarang makin besar makin banyak benda yang dia nak tahu n kadang2 buat peel yang membuatkan aku n hubby geram..lagi kita marah..lg menjadi2...last2 kna guna psikologi..cakap baik2 ..pujuk elok2 baru dia ok...tambah2 sejak ada adik ni..mungkin dia rasa persaingan untuk dia..terfikir pulak... tahun depan dah nak bagi affiq sekolah sbb dah 5 tahun...sekolah mana yg sesuai utk dia...aritu ingt nak bagi kindergarden kt dpn tmn umah tok tu,skali pegi tgk...tak sesuai...mmg takde melayu..cina n india je..pastu dr segi makanan mmg x puas hati..cancel je la...skang ni ingt nak hantar ke tadika Islam macam PASTI ke,TASKI ke...biar bg dpt bentuk akhlak dia..sbb skang mmg dia nakal sgt..kdg2 sampai tak leh control...harap2 anta kt school yg macam ni dia akn ok..6 tahun nt hantar ke prasekolah atau tadika KEMAS ke..tgk lah keadaan...tu le perancangan aku...hubby tak kisah..apa2 pun boleh...


satu ketika dulu...ketika affiq umur setahun...
Kini setelah affiq 4 tahun n Aqiff 9 bulan...ada perubahan tak....


Wednesday, April 21, 2010

Andai itu takdirnya...

Rini aku keje sampai petang..klu tak sampai kul 3 je..pembantu kena p kursus..so,aku kna gak buka libry ni smpai ptg...rasa syahdu lak petang2 ni...sunyi pun ada..walaupun ada user..tp still masih sunyi sbb ari pun dah nak gelap n cuaca pun mendung je...jap lagi nak balik le...
bila dok sorang2 ni mula le terfikir macam kan...pasal masa depan...pasal jodoh,maut n ajal...cakap psl ni bukan psl apa..terpanggil gak aku nak tulis pasal pemergian achik spin tu...aku ni takde la minat sgt..cuma biasa2 je lah..tapi rasa sedih jugak..sbb dia pergi dlm usia yg muda dan di saat mmg dlm keadaan sihat...klu org yang dah sakit..mmg orag tak terkejut sgtkan...ni dlm keadaan yg sihat walafiat..tinggalkan anak-anak dan isteri....kita yang tinggal ni ingat2 le...satu masa nanti kita pun akan dijemput ke sana..cuma masa dan saatnya je yang kita tak tahu...insaf sekejap....
pasal soal jodoh n pertemuan ni pun kita tak tahu...kdg2 Allah beri kita pasangan,tapi kita tak bersyukur dengan apa yang ada...andai Allah tarik balik apa yg dia beri baru le kita akan tahu betapa bernilainya pasangan kita tu...selama ni kita nampak yang tak elok je..padahal klu kita kenang2kan org yag takde pasangan tu lg sedihkan....dan ada jugak yang Tuhan tentukan pasangan yang takde anak...walaupun dilimpahi dengan kekayaan dan kesenangan,tp apalah maknanya klu takde zuriat...kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang ada...andai Tuhan bagi kita dugaan mgkin untuk menguji sejauh mana kesabaran kita...seandainya kita bersabar mungkin suatu hari nanti kita akan temui apa hikmah yang tersembunyi..
apelah yag aku membebel ni...dah boring sgt le nih..takpelah sekadar renungan utk semua... sambil tu kodek2 ada lak jumpa gambar cinonet affiq ni...masa ni baru umur 2 tahun kot...layan je.... masa ni kat umah tokdak...nak potong kek kahwin aunty kot...tapi affiq yang cbuk2 tiup lilin...









Tuesday, April 20, 2010

Hargailah Orang Yang KIta Sayang...


Sekadar renungan untuk kita bersama...

email ini diterima dari seorang teman...

semoga ia menjadi panduan untuk kita lebih menghargai orang-orang yang kita sayang...

jangan bila dah takde,baru kita akan merasa kehilangan

dan tahu menghargai....



Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.


Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,

"Oh maafkan saya, saya tak perasan" Katanya

"Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,

Kami saling melambai sambil berlalu pergi,


Tetapi di rumah lain pula ceritanya,

Bagaimana kita melayan orang tersayang,

tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,

Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,

Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,

Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,


Sedangku berbaring di katil mendengar muzik,

Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,

Begitu bersopan dan merendah diri,

Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,

Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,

Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,

Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,


Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,

"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk ibu? Dia tersenyum,

"Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,

ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,

Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,

Saya tetap sayang ibu melebihi segala,


Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,

dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY Adakah kamu sedar,

sekiranya kita mati hari ini,

syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,

dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,

akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah,

sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,

Melebihi keluarga kita,

adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.

Bukankah begitu? Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"? FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Friday, April 16, 2010

sepetang di bus stand...

minggu lepas affiq n aqiff pi anta paksu balik ipoh..setelah seminggu bercuti sbab kna chicken pox(paksu yg dok ipoh pun leh kna chicken pox). ingatkn afiq n aqif je yang kna,,rupa2nya sampai ke ipoh berjangkit...sian paksu...terpaksa mc seminggu pastu ari khamis lak ada interview kat SPA perak...camne ek paksu nk interview dgn muka yg penuh ngn bintik2...mmm...takpelah...berserah je lah..klu ada rezeki ada lah....paksu afiq n aqif skang study lagi buat dip.kej.awam kat puo...dah last sem ni...klu ada rezeki paksu lepas abis bln 7 ni klu dapat keje,leh le keje jap..pastu baru fikir nk sambung degree....

Sambil tunggu paksu naik bas affiq ajak ibu p main n pusing2 kat ctu..affiq ni pantang jumpa tempat yang boleh lari2 n main...pastu mula lah..ibu...affiq rasa dahaga le ibu...affiq nak air milo ..ikat tepi....tapi aritu ibu beli horlicks ais untuk affiq...pastu aqif pun nak jugak...berebut le pulak...tp aqiff tak leh minum banyak2 sebab aqif kecik lagi..kang kembung lak....

Ibub tgh syok2 posing ngn aqiff,affiq sibuk je lari2 kt belakang
Seriusnya muka aqif ni
Berkedut kening akiff




Ibu dan aqiff...



Affiq ngn aksinya yang tersendiri






Aqif yang berani-berani takut....


Petang tu paksu naik bas kul 6.45 tapi bas sampai dah dekat kul 7..cadangnya lepas p anta paksu nak bawa affiq p main kat tepi sungai tu,tp ah lambat le pulak...so..kita balik je lah....

Friday, April 9, 2010

Paru Goreng Berlada

Dah lama dah masak paru goreng berlada ni,baru arini sempat nak publish...aku suka sgt makan paru ni...sedapnya...kna lak makan ngn nasi panas2..rasanya takde lauk lain pun x pe....
Antara bahan-bahannya:
Bahan 300 gm paru [rebus dan hiris nipis]
1 labu bawang besar [potong gelang]
2 biji cili merah [hiriskan]
3 keping asam keping
minyakl
garam
Bahan tumbuk/mesin
5 tangkai cili kering [kalau nak pedas..boleh tambah sesuka hati]
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Cara
1. Gorengkan paru yg dihiris sehingga garing.
Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan minyak sedikit dan tumiskan bahan tumbuk sehingga garing.
3. Masukkan asam keping, garam dan paru yg telah digoreng. Kacau rata.
4. Angkat dan hidangkan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...