Followers

Friday, July 25, 2008

Wajah Kesayanganku...

Wajah hero kesayanganku...tengah asyik tengok tv la ni...Affiq ni kalau pasal bergambar memang suka sangat,tapi bila orang suruh tengok kamera tak nak...dia panggil kamera tu "senyum"....Selalu bila nampak kamera je..
'bu, nak cenyum...cak aaa...' maknanya dia nak suruh orang ambil gambar dia la..
pantang nampak kamera..kadang-kadang terpaksa sorok..

Tuesday, July 22, 2008

Bawal Goreng Kelapa Sawit


Ni nak cite sket pasal ikan bawal goreng yang sedap ni. Dah lama dengar orang dok bercerita,tapi baru kali ni berpeluang menikmatinya. Ikan bawal ni digoreng panas-panas kemudian dicicah dengan sambal kicap...sedap giler. Makan nasi sepinggan pun tak terasa. Yang bestnya, gerai makan ni terletak dalam kebun kelapa sawit. Bayangkanlah makan nasi bawah pokok kelapa sawit...di tambah pulak dengan air kelapa yang fresh tu...Memang best lah makan kat sini..Gerai ni terletak kat Juru...

Friday, July 11, 2008

Hubby dah dapat tukar ke Perak...


Alhamdulillah...akhirnya setelah 4 tahun berjauhan, bulan depan 1 Ogos 2008 hubby dapat bertukar ke Perak.Hubby akan bertugas di PPK Seberang Perak. Walaupun tak dapat duduk sekali, tapi dekat lah sikit jika dibandingkan dengan Kelantan tu. Jauh bebenor...Bukan main syok lagi dia..Seberang Perak tu terletak di Kampung Gajah dan dekat gak la ngan Teluk Intan. Aku pun tak penah pegi lagi..Kalau nak balik seminggu sekali tu boleh la...Affiq pun dah nak masuk dua tahun. Dah pandai rindu kat ayah...aritu penah dia nampak keta macam keta ayah dia, terus cakap keta ayah..keta ayah...siap suruh aku follow lagi keta tu...bila keta tu belok arah lain, di dah start menangis..kesian gak..

Tak tahulah sampai bila aku ngan hubby nak berjauhan...aku lak dah keje kat Batu Kawan ni susah lah sikit nak tukar.Tapi kalau berjauhan ni ok gak...Susah le sikit nak bergaduh...kalau lama tak jumpa, rindu...bila dekat-dekat bergaduh...biasalah tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...