Followers

Tuesday, February 24, 2009

makan-makan kat Libra..

Minggu lepas aku ngan hubby p makan kat Libra..tempat yang selalu kitorang p bila rasa nak makan kat luar..Sebenarnya aku suka sgt dtg sini.bukannya apa,untuk orang yng ada anak kecik cam aku ni rasanya sesuai sgt le..tempat yang bertutup n ada air cond.harga makanan pun boleh tahan.takde la mahal sangat..ari tu aku makan nasi goreng libra classic,ada sate,telur dadar,keropok n salad baru RM4.5..kalau western food tu dalm RM10++ ke atas le..tapi kira ok ler kan.dengan suasana yang ala-ala romantik gitu..lampu dia malap je..anak aku kalau datang sini jawabnya satu tempat tu dia pusing.semua orang dia tegur..affiq ni memang peramah n mudah mesra.semua budak dlm tu dia nak berkawan..ada sorang budak pompuan tu umur maybe 3++ siap dia pegang tangan lagi..gatei betui si kecik aku ni..selamba je dia p pegang tangan anak dara orang tuh.yang kelakarnya budak tu pun suka..pastu siap datang n pegang tangan affiq lagi..pastu tak nak lepas..he...he..nasib baik kecik lagi..Malam tu, aku makan nasi goreng,hubby lak chicken chop affiq lak cam biasa mushroom soap..

*ju..tak tingin ke makan kat Libra ni..

Bila aku suruh posing, dia buat camni pulak,tak nak tgk kamera la pulak..mulut tu berminyak je..

tengok tangan affiq,besar tak?..ada orang kata tangan affiq besar, pastu kuat plak tu.kalau dia ketuk pintu bilik manda cam nak roboh..kuat betuii..yang peliknya dia tak sakit lak tangan tu..


Ni tengah minum air tembikai...mula-mula straw tu guna untuk minum air..pastu sekali aku tengok dah masuk dalam mangkuk mushroom soup le pulak..camtu ler kerenah afiq..pastu dia hirup sup tu guna straw...


Ni suasana romantik kat dalam Libra..masa ni orang dah takde...semua dah balik



Ni pulak...mushroom soup untuk si kecil aku..sedap tau makan ngan garlic bread..

Ni lak, aku punye..Nasi Goreng Libra Classic



Ni my hubby punye chicken chop







Wednesday, February 18, 2009

check up..17 weeks..

Masa ni baru 9 minggu..


Nampak yng bulat tu..tu le baby..baru berapa cm je..



Ari isnin lepas,aku ke klinik..baru nak buat kad..check2 tgk dah 17 minggu...Alhamdulillah semuanya ok..Aku bukannya apa, sebenarnya malas nak pi check up awal2 sebab nt terpaksa berulang p klinik..

betul jangkaan aku..pagi isnin buat kad, petang isnin dah kena p scan lak..pastu ari khamis (ari ni)lak kena amik darah untuk MGTT..aduii..ni yang letih ni..semalam kena puasa start kul 10 mlm sampai lah kul 10 pg ni tak leh mkn apa-apa kecuali air je..

Actually check up ni sebenarnya untuk memastikan sama ada kita ada darah tinggi atau kencing manis.aku dah agak dah klau pregnant je bermulalah fasa-fasa pegi klinik ni..sebenarnya aku kena buat test MGTT ni sbb anak yang 1st aritu meninggal dlm perut sewaktu 9 bulan..(kalau tak anak aku dah nak masuk 3 ler..)aku kawin dah 4 tahun..anak dah ada 3..kira ok ler tu..disebabkan kes tu setiap kali pregnant je aku wajib buat MGTT ni..masa pregnant kan afiq lg teruk, aku kena buat 2 kali MGTT ni sbb pertambahan berat badan yang melampau..bayangkanlah dari 48kg naik sampai 68kg..dkt 20 kg tu..bayangkanlah macam mana besarnya aku waktu tu..saiz kasut dari 6 kena tukar ke saiz 8 sbb kaki dah bengkak teruk..jenuh gak le aku nak kembali ke berat ideal..skang ni 54kg..dah tak boleh turun dah..takat tu je yang mampu..ni bila dah pregnant balik..siap ler...


Skang ni,selera makan pun bertambah-tambah..dah lalu makan..dan dah tak alah dah..dah boleh masuk dapur dah pun..semalam kena puasa,rini lepas je amik darah kul 10.30 tadi aku terus gi beli makan kat tempat peberet aku tu....aku bungkus nasi +ayam goreng berempah+sup cendawan +fishball..kalau kat kedai ni aku suka sangat ayam goreng berempah dia..sedap..tambah sejak peknen ni..klu leh ari-ari nak mkn ayam goreng berempah makcik tu..

Tuesday, February 17, 2009

Erti Cinta Dan Perkahwinan


Erti Cinta & Perkahwinan

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan
sana ,berjalanlah kamudan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranyakamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telahmenemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan
sana. berjalanlah kamu.tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokoksaja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yangpaling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

tamat....


Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .

Monday, February 9, 2009

New baby...

Pada tanggal 5 februari 2008 adik ipar aku dah selamat bersalin..Anak sulung le ni..setelah hampir 5 jam di dalam labour room akhirnya doktor cakap kena operation sebab baby dah nak lemas n bukaan still 5 cm..kesian betul kat nomi (adik ipar aku ler)..last-last tepat kul 4.30 baru leh kuar dari bilik bedah..Alhamdulillah kedua-duanya selamat..Tapi baby lak ada G6PD..terpaksalah kena tahan kat wad lama sket..dapat baby boy lagi..setakat ni cucu-cu mak aku takde lagi ler pompuan..semuanya lelaki..belah hubby camtu gak...kitorang ni keturunan ramai lelaki kot..Baby belum ada nama lagi...Afiq punyelah suka,siap tido-tido lagi kt sebelah baby tu...kalau ler adik dia tu tak tau le camner dia kerjakan...






















Award

Setelah penat menjawab tag..akhirnya dapat award dari ayu...tq banyak-banyak ye ayu dapat 3 awar lagi..time kasih...satu lagi dari Sis tirana yang tak jemu-jemu memberi penghargaan pd kengkawan..time kasih ka...



Ni Award dari ayu




Ni plak dari sis Tirana
Tima kasih semua...


Tag dari ayu

Ni Tag dari ayu..Sory ye ayu agak lama amik masa nak jawab tag ni...sibuk sangat..


1. Dahliana
2.Sis Tirana
3.Ros
4.Adida
5.Aziah
6.yan
7.nurul
8.ummumishkah
9.yusztie
10.jinahdanish

1.How do you know 1?
My best friend...sahabat sejati masa sekolah kt kelantan dulu

2.What would you did if you never meet 2?
Kak Tirana memang best blogger,banyak beri nasihat dalan entry-entry dia

3.What would you do if 3 and 4 dated you?
No.3 memang selalu le..No 4 dah lama tak tengok,dulu jumpa pun masa dia kecik-kecik je.Sekarang kalau jumpa kat jalan pun dah tak kenal kan ida..

4.Would 5 and 6 make a good couple? pompuan sama pompuan....

5.Do you think 7 is attractive?
Oh..yes...memang pun

6.Do you know anything about 8's family?
Oh...tak tau sangat.tapi yang pastinya ada anak nama mishkah yang comel tu..

7.Tell me something about 9?
dulu menetap kat mesir..skang dah balik terengganu..betul tak yusztiey

8.What language does 2 speak? mestilah Melayu

9.Who is 3 going out with? Ngan kawan n famili..n somebody.

10.How old is number 4?
I think around 23 ke ats kot

12.Who is 6's favourite singer?
Siti kot..?tak tau lak..13.7?

Is 8 single?
dah ada dah..

15.What's 9 last name?
tak tau ler...

..16.Would you consider being in a relationship with 1?
kawan baik..shabat dejati..

17.Which school does 2 go to? tak tau ler pulak...

18.What do like about no 3?
ros happy sokmo...rajin sembang n bercerita..


berpeluh betul jawab tag dari ayu ni...aku tak berniat nak memanjangkan tag ni..cukup lah sampai disini.he..he.kesian..

Monday, February 2, 2009

Sedapnya air soya...

Ari ahad lepas,tak kemana-mana pun..
tiba-tiba tingat pulak nak minum soya.
ari tu dah buat tapi ada lagi balance
kacang soya yang tinggal.
Ingat nak abiskan je...
lagipun dah lama beli..
takut nanti tak elok pulak..
Soya buat sendiri ni sebenarnya sedap tau..
tambah pulak dicampur ngan cincau dan gula merah...
sedapnya soya cincau..
tapi ari tu takde plak cincau ngan gula merah kat umah..
so,buat soya biasa jer lah...
ni resepi dia...senang je...
kacang soya (direndam lebih kurang 5 jam)
air
daun pandan
gula
secubit garam
Cara Membuatnya:
Mula-mula rendam kacang soya selama 5 jam
pastu buang ler kulit dia-setakat yang termampu jer..
kemudian masukkan dalam soya maker tu..
pastu diia akan proses sendiri..sehingga masak..
kalau yang takde soya maker tu still boleh buat
guna blender biasa je..
blend soya yang direndam tu dengan air
kemudian perah menggunakan kain yang agak jarang
tak leh guna penapis sebab penapis tu lubang dia agak besar
nanti hampas dia still ada lagi..
lepas dah perah semua..soya tu kena masak dulu
hingga mendidih..pastu masukkan daun pandan n secubit garam
kemudian boleh lah disejukkan..
Ni si kecik tengah dok berminat ngan kacang soya yang direndam


Affiq menikmati air soya....
Uii...sedapnya


Kacang soya yang direndam selama 5 jam




dah siap direndam dan dibuang kulit



Ni dah ready untuk di masukkan ke dalam soya maker





Ni proses mengisar soya




Ni pulak bila dah dipanaskan..nampak ada buih-buih putih tu kan...nanti dia akan didih sendiri







Masukkan daun pandan dan secubit garam untuk menambah aroma



Sedia untuk dinikmati.....









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...