Sebenarnya aku ada citer menarik nak dikongsi bersama. Sebenarnya aku ni minat sangat nak buat bisnes..tak kisahlah kecil-kecilan pun. Tambahan lepas baca buku Chef Li Jutawan Senyap. Aku tak tahu la dah berapa kali aku baca buku tu..Bila abis je baca buku tu semangat nak niaga dtang. Pastu dua tiga hari hilang camtu je..Aku dah baca semua buku Chef Li. Tapi masih tertunggu-tunggu bila nak start bisness ni..tak tau la apa yang aku tunggu. sebenarnya malu pun ada. Nak dijadikan citer,dalam bulan pose ni member adik aku adalah sewa tapak Bazar Ramadhan kat Parit Buntar tu..di jual burger pattaya.pastu dia suh aku buat le apa-apa yang boleh dijual. 1 malam gak aku tak leh tido, fikir apa yang aku nak jual. nak buat kuih muih..tak mungkin..dengan hero aku yang lasak tu, sekali kuih pun leh terbalik.akhirnya sampai blan Ramadhan aku masih tak tau apa yang nak dijual. Diorang start le meniaga. aku jadi penonton je lah..masuk ari ke-3 puasa adik ipar aku datng berbuka posa kat umah. di ada bawah dadih yang instant punya la..sambil makan ngan hubby dadih tu rasa sedap plak.. pastu hubby tanya aku.
'awak pandai buat dadih tak?'
'leh la jugak'aku jawab
'apa kata kalau kita jual dadih kat psar ramadhan tu...'
'ha..nak jual dadih?
Aku memang penah buat tapi untuk makan sendiri je la..malam tu aku tak leh tido lagi. betul ke aku nak jual dadih ni..ntah camne,malam tu aku nekad.balik keje esok aku nak beli brg2 nak buat dadih..sampai tempat keje esoknya aku surf internet cari resepi dadih, aku dapat hampir 10 resepi dadih. Aku print dan bawak balik..balik keje petang tu aku beli bahan-bahan.siap ngan cup lagi...ni kira berani mati la ni...malam tu lepas je affiq tido, aku pun mulakan lah projek aku.. aku combine semua resepi, campur ngan resepi yang aku dah ada...akhirnya terhasil lah dadih 5 perisa. strawberry, jagung,pandan, coklat dan asli. Malam tu aku berjaya hasilkan 20 cup dadih. Esoknya aku cal member adik cakap nak jual dadih.dia pun ok. Esoknya lepas balik keje kul 3.00 aku terus p amik dadih yang aku buat dan anto kat pasar ramadhan tu..berdebar-debar.. ni la projek bisnes pertama aku...lepas letak je dadih aku terus balik.aku tak snggup nak tengok..takut tak laku..lepas maghrib je budak tu pun datang umah...nak tau berapa yang laku... 17 cup...Alhamdulillah... 3 je tak abis. Kira ok le tu, orang tak penah rasa pun dadih tu tapi diorang beli...semangat aku berkobar-kobar. Malam ni aku akan buat dadih lagi. Hari seterusnya aku buat 45 cup. abis semua tinggal 2 je..tu pun sebab dah jatuh... So sekarang ni aku n hubby sibuk betul ngan projek dadih kami. hubby p tolong budak tu jual kat pasar ramadhan...dan aku pun mengupgradekan lagi dadih aku iaitu dengan meletak koktail (buah-buahan dalam tin)harga tetap sama ...pelanggan makin bertambah. Alhamdulillah rezeki Affiq...dalam entry yang akan datang aku akan letak gambar dadih yang aku buat..
No comments:
Post a Comment