Followers

Tuesday, March 31, 2009

Goda Pasangan Anda...


Bila kita dah lama kawin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Dibawah ini ada sedikit tips dari saya. Harap-harap anda akan berjaya...





1. Cuit-cuit

Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik k e m uka. Bukankah naya namanya.



2. Kenyit-kenyit.

Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Mas akan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggemb ira kan hati anda.



3. Ops, maaf terpegang.

Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, 'ops, maaf terpegang, tak sengaja'. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.



4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.

Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikit tetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada 'ummphhh!'.



5. Tersentuh tangan.

Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.



6. Urut mengurut.

Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.



7. Usik melalui telefon.

Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya , anda pula dimarahinya.



8. Suapkan makanan.

Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.



9. Betul-betulkan rambut.

Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya.



10. Jalan macam itik pulang petang.

Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.



11. Nak masukkan gear.ops, terpegang tangan.

Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.



12. Ops. tuala terlepas

Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda..



13. Jeling-jeling

Kalu tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula pada anda.



14. Gesel-gesel

Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya.



15. Cubit-cubit

Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya.



16. Hembusan lembut pada telinga.

Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.



17. Ciuman di dahi

Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.



18. Sembur wangian pada bilik.

Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.



19. Tolong betulkan baju

Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Mas ing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.



20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.

Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.


Sekadar memanjangkan email yang diterima dari seorang teman..semoga kita dapat berkongsi sedikit ilmu yang dapat menambahkan kebahagian...Insyaallah

Saturday, March 28, 2009

Aku dan Mtest...

Pagi tadi kul 7.00 dah kuar umah..arini ada mtest untuk KPLI..masuk kali ni dah kali ke berapa ntah ler aku amik mtest ni..semangat nak jadi cikgu masih berkobar-kobar walaupun usia semakin meningkat..ari ni first time aku gi mtest drive sndiri..exam kat smk darul ridzuan,Taiping..disebabkan tak tau langsung kat mana tempatnya, sekadar merujuk pada pelan yang diberi oleh adik n member aku redah je la..lagipun aku tak penah le masuk Taiping ni sorang-sorang..sibuk gak pekan dia..tambah-tambah aku yang drive..So untuk memudahkan perjalanan aku terus masuk highway Bandar Baru n kuar ikut exit Taiping..Bukan apa,takut lah jalan jem ke..lagipun esok kan hari pencalonan untuk pilihanraya Bukit Gantang..Jalan mesti sibuk punye..

Aku sampai kat taiping dalam 7.45 n terus ikut petua yang diorang bagi..alhamdulillah kul 8.00 dah sampai sekolah tu..senang sangat.. samapi je kat sekolah tu aku terus gi cari dewan tempat exam tu..dalam dok sibuk2 tu aku ternampak kelibat seseorang...member aku masa aku amik SLG dulu.. Nurmadiah ...yang terkejutnya dia jalan terhincut-hincut..aku pelik jugak sebab sebelum ni masa aku kenal dia (3 tahun yang lepas la) dia ok je...kesian pulak tengok...rupa-rupanya ada citer...

Madiah bila jumpa aku je terus peluk..lama tak jumpa..pastu dia pun bercerita yang sebenarnya.. Sebenarnya dia baru bersalin anak yang kedua,tapi tak lah baru..umur anak dia dah 9 bulan.Waktu tu dia bersalin operate sebab bukaan rahim tak terbuka,kebetulan pulak dia menghidap kencing manis..lepas operate tu anak dia kena tahan kad wad selama 10 hari sebab kena demam panas..jadi walaupun operate dia tetap berulang ke hospital hari2 coz kesian kat baby..masa tu semuanya ok..

baru bulan lepas tiba-tiba dia terasa sakit yang amat sangat dekat pinggang..sampai tak boleh berjalan..pastu terus gi check doktor n doktor x ray dan mendapati tulang belakang dia bengkok..punca utama terjadi nya benda tu mungkin sebab selepas operation tu dia banyak buat keje berat...kesian betul...tapi doktor kata boleh sembuh cuma makan masa la..semoga madiah terus bersabar..camtu ler citernya..

Berbalik pada kisah MTEST ni,aku tak pun menyimpan harapan yang tinggi..sebabnya intake untuk bulan jun klu dpt pun memang aku tak leh p sebab tgh pregnant due lak bulan 7..mmg tgh sarat benor le..saje je la pegi...tp aku rasa mtest kali ni agak senang dibandingkan dengan yang lepas2..yang best nya tiap kali aku amik mtest je mesti aku tengah pregnant...waktu menulis jawapan je..bergerak-gerak je anak dlm perut ni..kena pulak jawab soalan analitikal tu...soalan mtest ni mmng susah sebenarnya..sape yang boleh lulus (tanpa kabel) memang hebat ler...


Friday, March 20, 2009

Keras?????......Terpegang........tak cair.????????


"Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila on 7Eleven. Sejak lahir lagi puteri ini telah terkena sumpahan. Apa je menda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau puteri tu terpegang mereka maka meraka akan cair jugak.




Maka musykil la Ayahanda nye kerana alamat tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat memanda perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan memanda perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa barang siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yangapabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.



Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung. ....

Muncul lah lelaki yang pertama,
Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?
Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf,bateri dan kapal terbang.
Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki#1 : Silakan....Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknyelogam itu.
Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri...
Muncullah lelaki ke-2.....



Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?
Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalam dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasarlautan.

Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.
Lelaki#2: Silakan.....Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.


Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya...


Kemudian muncul lah lelakiyang terakhir.


Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apapun!


Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?
Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam pokethamba ini.
Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cubamemegangnya.
Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya, seluklah dalampokethamba ini...
Maharaja: Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah!Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu.
Puteriteragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu.Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah menahan malu. Lelaki ituhanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteriberlalu dari situ kerana malu.

Maharaja hairan... Maharaja tanya puterinya
Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?
Puteri: Dapat....
Maharaja: Benda tu cair?
Puteri: Tak....
Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantuBeta!
Lelaki: Heheheheheheheheheh ehe...... .
Tapi..... Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelak i itu ketawa?
Dan kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telahPegang?
Apa yang korang terlintas dalam kepala korang haaaaa?Hehehehehehehehehe. ...
.(Sila scroll down......... ....)
BENDA ITU IALAH------


COKLAT M&M...CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN!

KORANG INGAT APA? OTAK TU BIAR BETUL SIKIT AAAAA...TAK SESUAIII TAU KORANGHEHEHEHEHEHEHEHEHEH EHEHEHEEHEH "

Wednesday, March 11, 2009

comel tak saya?

kenal tak sape yang kat atas tu?...sape lagi si kecil affiq ler..sebenarnya sebelum ni ramai yang ckp affiq ni muka dia cam baby girl..masa dia kecik2 orang mmg confuse..muka cam pompuan, tapi lasaknya..1 hari tu aku try je..suka-suka letak tudung kat dia..sekali tgk alahai dah cam muka aku..kalau tak semua org ckp muka dia cam muka ayah dia..takde pun yang ckp cam muka aku..kecik hati jugak ler...sekali bila dah pakai tudung cadi cam muka ibu la pulak. tapi ayah dia memang pantang tgk gambar ni..dia tak suka....dia pantang sgt klu ckp afiq cam muka pompuan..brg2 pun tak leh beli warna pink..kadang-kadang aku ni nak tkr selera..asyik beli warna biru jek..aritu beli botol susu dia warna pink...he..he...takpe lah yea..janji anak ibu tetap macho walaupun botol susu warna pink..

Monday, March 2, 2009

Ibu..adik tingat kat ibu...

Bila dok sorang-sorang ni,tingat pulak kat si kecil kesayanganku..sejak akhir-akhir ni macam-macam kerenah dia..mungkin dia nak kan perhatian kot..ye la orang nak jadi abang..kadang-kadang tu aku jadi hilang sabar gak..yang peliknya kat umah tok dia baik je..bila balik umah je dah start buat perangai..ada satu ari tu di amik crayon pastu lukis kat dinding..aduh...bayangkanlah camna penatnya aku nak mencuci dinding tu..nasib baik crayon..kalau dibuatnya marker pen ke..

semalam dia buat hal lagi..dah ler aku penat membasuh baju n melipat baju yang bertimbun-timbun..last-last dlam masa yang sekejap je ia dah punggah baju tu..bila aku tanya kenapa adik buat camtu..dia leh cakap plak..

"adik nak tolong ibu simpan baju..."

dah tak tahan sangat aku pun cubit le..kat tangan..kaki..yang nak tergelaknya dia siap leh ckp..

"tlg saye..tlg saye..ibu..adik tingat kat ibu...."

aisey..camne leh kuar perkataan tuh..agaknya dia nak cakap "adik sayang kat ibu "kot... sekali tersilap ler pulak "adik tingat kat ibu"..nak marah pun dah tak jadi..


Ni ler mainan2 kesayangan dia...

ni koleksi "bob the builder"..


dia kalau leh main benda-benda camni dah tak peduli kat sape dah..






















Present untuk si kecil Adly...

Sebenarnya hadiah ni untuk anak sedara aku yang baru lahir tu...Muhammad Adly..dah dkat nak sebulan umur dia..ni baru ada masa nak beli..lagipun mak long baru dapat gaji..sory ye adly..pastu terpaksalah sorok takut affiq tengok..last-last dia nampak gak..mujur dia ok je..tak kisah pun..Sebenarnya adik ipar aku, nomi berpantang kat umah mak aku..kira mak mertua dia la..sebab mak nomi dah takde..so, affiq ni ari-ari leh jumpa si kecik adly ni..sebab bila aku pi keja aku tinggalkan affiq kat umah mak.tapi cam biasalah kena jaga-jaga le..kalu dapat kat dia,tak tau ler camne jadi..dia sayang kat baby tapi kadang-kadang tu bila datang dia nye geram tu..

Beg n hamper untuk adly..





Ni pulak abang affiq tengah minum vitagen...favourite dia...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...