Followers

Thursday, May 20, 2010

Affiq mengidam KFC

Baru-baru ni..affiq tiba2 je cakap tingin nk makan kfc..
tapi dia tak nak makan kt umah..
affiq nak makan kat situ katanya...
demand lak affiq ni..tapi kesian tgk muka dia..mmg mcm nak sgt..
aku ni klu psl ank2 mmg tak sampai hati..
tmbah2 bab makan ni...so, bw je lah dia pegi..sampai2 je dia dah siap order...
apa lagi chicky meal la...sbb dia brkenan sgt toys kt dlm tu..
pastu utk ibu n makcik affiq..dinner plate..
makcik tingin nak rasa black pepper...mmm..sedap gak le...
Aqiff tak bawa sbb klu bw aqiff rasanya smua org
x leh makan.aqiff skang pantang tgk makanan semua nak dicapai...
ayah pun x pegi sbb ayah keje..
Dinner plate ni 2 ketul black pepper chcken n 1 ketul original..
yg original tu semestinya untuk affiq jugak...

Ni lak chicken ngn black pepper....


yang ni hidangan wajib cheezy wedges...


Petang tu semua orang lapar..tp afiq lah yang paling lapar sekali...


Dapat je ayam terus ngap....
tiba2 dia menjerit..
terkejut betul
ingatkan lekat ke apa..
rupa2nya ayam lekat celah gigi...
lawak betul la affiq ni....



sian lak tgk affiq makan..mmg lapar betul..dah tak tgk kiri kanan
tak sia-sia ibu bwa pegi sbb afiq leh abiskn 2ketul drumstick yg original...



berehat seketika....


sedapnya air ni...

sambung lagi....



ni round ke dua....sedapnya ayam ni....











Wednesday, May 19, 2010

Bawal Sweet Sour

Ni menu malam semalam..memang simple je sbb bahan2 pun tak banyak..ikan bawal yang digunakan bawal putih..walaupun harga mahal sket tapi sedap..berbaloi le..
klu beli yg dah siap masak lg mhalkan...
baik masak sndiri..x samapai 1/2 jam pun dah siap
makan lak ngan nasi panas-panas...
memang sodap le...
untuk anak-anak pun boleh sbb ikan ni tak pedas sgt...
resepi ni untuk nurul...



seekor ikan bawal bawang besar

1 biji bawang putih

2 biji halia tomato

cili merah

cili hijau

sos cili

sos tiram

asam masin


daun bawang

garam

kunyit untuk menggoreng

minyak

(letak serai jika suka)

sedikit air


Cara:
gorengkan ikan sehingga garing panaskan minyak,

tumiskan bawang putih,bawang besar,halia,cili merah dan cili hijau sehingga gareng

masukkan asam masin beberapa biji mengikut rasa

kemudian tuangkan sedikit sos cili,sos tomato dan sos tiram.

kemudian masukkan sedikit air.

tunggu sehinnga mendidih masukkan tomato


Cadangan Hidangan:
sediakan ikan yang digoreng diatas pinggan,tuangkan ramuan sos tadi keatas ikan,

kemudian taburkan daun bawang untuk sedap mata memandang

sumber:mesra.net

Tuesday, May 18, 2010

Moga Ada Pelangi Selepas Hujan....

Setiap kali hari minggu klu tak ke mana ni le kerenah anak2 aku...ni sebahagian le...sbenarnya banyak lagi..klu nak senang jaga diorang ni bawa je msuk dalam bilik..abis cite..abis smua mainan si affiq punggah masuk dlm bilik..tp kira ok le kan..takde la sepah sampai satu umah..cuma kna kemas dalam bilik je la..tapi betulla..memang letihkan..aku tak dapat bayangkan klu jadi suri rumah sepenuh masa..mmm...memang tak sanggup rasanya..klu cuti selalunya orang boleh rehat..tp lain lak ngn aku ..dari pg sampai ptg memang tak berenti..kdg2 nak lelapkn mata pun tak sempat.tambah2 bila aqiff dah pandai nk panjat2 ni..aqiff skang dah spuluh bulan,dah mula bangun berdiri n jalan sambil pegang dinding or apa2 je yg dia boleh pegang..pastu lps tangan ..leh jalan dua langkah dah nak jatuh..memang klu dia jaga aku mmg tak leh buat apa..kna tgk dia je..klu leka jap mesti jatuh le,,terbalik le..terlentang le..skang dah tak mo duk dlm walker.. pnah satu hari tu aku tak sedara..ltak dia dlm walker..skali bila p tgk dah naik atas sofa...aduii..sib baik le tak jatuh ke hapa...bayangkan le dari atas walker dia leh tkr posisi atas sofa..dia dekatkn walker tu kt sofa pastu bangun...nasib baik takde apa-apa..sejak tu mmg tk berani dah tinggal dia suka2 dlm walker...
tu cite aqiff ,affiq lak skang ni suka sgt bersembang sorang2..kadang2 kelakar gak dengar apa yg terkuar dr mulut dia...kadang2 kna layan gak dia bercakap..klu tak selagi kita tak layan selagi tu le dok panggil ibu..ibu..suh tgk apa yg dia buat...kdg2 nek pening kepala nak layan dia yg terlalu peramah..affiq ni mmg peramah sgt..tak kira kt mana dia pegi dia leh tegur sape2 je...memang jenis tak takut orang...klu kat taman permainan tu snang je dpt kawan...klu pompuan lg senang le..kekeke..tapi bdak pompuan mmg suka kt dia tau...dia mmg pantang je tgk bdk pompuan yg comel2..mulela tanya ibu,leh tak affiq kawan ngn bdk tu...


satu lagi affiq skang pantang tgk klu aku on laptop..mulelah dia pun nak sibuk...skang ni ah pandai dah buka fail2 dlm laptop ni..dia suka sgt tgk gambar2..terutamanya klu ada gambar2 yg mnrik sket macam psl bomba ke..upin ke..angkasawan ke..kartun2 yg dia suka..bob the builder,tom n jerry,pink panther,fireman sam..dan mcm lg le...pendek kata channel 611-616 tu mmg channel dia lah..skang aku ngn hubby mmg dah tak leh tgk tv dah..asyik affiq je control tv..klu tak buka je mula le dia buat hal..usik adik le..macam2 kerenah..kadang-kul 1 baru tido...

Aqiff lak memang lain sket dari abng dia..tak leh tgk orag yang tak kenal,mesti melalak..aduh..susah betul le klu nak p jalan mana2..dah le tu tak nak kt org lak..dia cuma nak kat aku,tok n ayah dia je...orang len smua kem salam..skang ni slalu gak bw dia kuar sbb nak bg dia biasa ngn orang...masa affiq dulu mmg tak dinafikan sejak dr kecik mmg dah diusung merata2..ingat lg masa umur bln dah bw gi ulang alik kelantan...pendek kata mmg dia tak kisah le...
Cakap pasal permainan..affiq skang makin lama makin advance..skang nak mainan yg mencabar sket le..takde le asyik kren n kapal korek je..2- hari ni asyik nak minta puzzle lak..huh tak tau le..dia mmg cepat tol membesar dan yg aku prasan dia mudah jemu..dari hari ke hari dia nak sesuatu yg baru...mainan pun pling lama dia leh main seminggu..pastu dah tak layan dah..tv pun camtu gak..skang ni cite kkartun bdk2 dh tak nk tgk(kartun bdk2 katanya)..cam thomas n friends,world of disney mmg dia dh tak layan..skang dia layan..ben-10,pink panther,tom n jerry..pasni x tau lah apa lg ..






Walau apapun aku bersyukur dengan anugerah yang Allah bagi ni..walau apa juga dugaan dan ujian dalam membesarkan ank2 ni seboleh2nya aku akn sabar..Dan doaku semoga ank2 ibu menjadi anak yang soleh,bijak,mendengar kata dan menjadi orang yg berguna..teringat aku pd perbualan dgn seorang kakak yg slau berkunjung ke perpustakaann..katanya..nak mendidik anak sekarang bukannya mudah....klu tak boleh pandai n berjaya pun xpa..janji leh jadi manusia......kadang2 ada orang yg bijak pandai dan berjaya tp tak leh jadi manusia...renung-renungkan lah....Semoga ada sinar pelangi di hadapan sana...Insyallah...




Wednesday, May 12, 2010

Daging Masak Lada Hitam

Ni kisah hari minggu yang lepas...malam ahad hari tu tingin lak nk makan daging masak lada hitam ni..kebetulan lak masih ada balance daging dlm freeze..so dgn kalut2 sbbnya klu lambat2 wat keje kang ada yg dtg mengganggu..daging aku dah rebus awal2..sebab nt bila2 nak makan terus bw kuar n goreng je...nak rebus daging ni pun kena amik masa gak...pagi sabtu tu sblm p keje aku p market beli daging n daging cincang..daging cincang dah selamat buat gulai kat umah mak..sedap betul gulai daging cincang..kna lak yg ada lemak2 yg lembut tu.sedapnya..rasa cam makan kt umah kenuri tu...ni citer pasal daging masak lada hitam lak..so..kt bbh ni resepi dia yg aku cilok kat my resepi..tapi aku dah ubah sket ikut citara sndiri......



500 g daging (direbus dgn sedikit garam dan dihiris nipis2)
4 ulas bawang putih (ditumbuk/dicincang)
1 sb lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sb sos tiram
1 sdt sos masam manis
1 sdt sos lada hitam - optional
1 sb kicap pekat
1 labu bawang besar (dimayang)
1 biji cili merah (dihiris)
1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
5 biji cili api (diketuk)
sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris)
sedikit garam dan gula (jika perlu)

Cara-cara
Perapkan daging bersama 1/2 sb kicap pekat dan 1/2 sb lada hitam selama 10 minit.
Panaskan 2-3 sb minyak masak dlm kuali dan goreng daging hingga separuh garing. Keluarkan dan ketepikan. Di dlm kuali yg sama, tumis bawang putih hingga perang.
Masukkan daging, lebihan lada hitam dan juga kicap pekat. Kacau sebati. Masukkan pula sos tiram, sos masam manis, sos lada hitam, bawang besar, cili merah, dan cili api. Kacau lagi.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, daun sup, daun bawang dan perasakan dgn garam dan gula. (jika dah cukup masin dan manis x perlu bubuh garam dan gula)
Hidangkan panas2

Friday, May 7, 2010

Hepy Mother's Day...

To all the AWESOME MOMS I KNOW!!!!!!!!! :-)



Awesome Mom
Once you have been hit, you have to hit 5 awesome Moms..
Including the one who thought of YOU today and sent it to YOU...
If you get hit again, You will know you are Really awesome!
So hit 5 awesome moms on your friends list to let them know they are awesome !
Before I was a Mom,
I never tripped over toys
or forgot words to a lullaby.
I didn't worry whether or not
my plants were poisonous.
I never thought about immunizations.
Before I was a Mom,
I had never been puked on.
Pooped on.
Chewed on.
Peed on.
I had complete control of my mind
and my thoughts.
I slept all night .
Before I was a Mom,
I never held down a screaming child
so doctors could do tests.
Or give shots.
I never looked into teary eyes and cried.
I never got gloriously happy over a simple grin.
I never sat up late hours at night
watching a baby sleep .
Before I was a Mom,
I never held a sleeping baby just because
I didn't want to put her down.
I never felt my heart break into a million pieces
when I couldn't stop the hurt.
I never knew that something so small
could affect my life so much.
I never knew that I could love someone so much.
I never knew I would love being a Mom
Before I was a Mom,
I had never gotten up in the middle of the night
every 10 minutes to make sure all was okay.
I had never known the warmth,
the joy,
the love,
the heartache,
the wonderment
or the satisfaction of being a Mom.
I didn't know I was capable of feeling so much,
before I was a Mom


Wednesday, May 5, 2010

Bila Affiq hilang....

Ari isnin lepas aku tak keja..biasa le...cuti...bagus gakkan cuti jatuh hari org keje ni..sbbnya klu nk byr bil ke snang sket le...dok umah ngn anak2 je...memang penat betul layan kerenah diorang..tmbah lak 3 hari cuti ni...affiq bab punggah memunggah brg mainan mmg serah kt dia...pastu klu time nak menyimpan.
"ibu...jom le ibu..kita simpan sama-sama nak?"
pandai sungguh ajak aku simpan sama2 ngn dia...afiq ni bab2 ni mmg bijak betul..ada je akal dia.. dan ada cite gak psl affiq hari ni...
dlm kul 12 tu..mmg umah tgh berspah btul..affiq kuarkn semua mainan dia..geram sgt rasanya,,aku pun marah dia..suh dia kuar dri bilik..masa tu kitorang dlm bilik...pastu aku tutp pintu..dia nangis kt luar...aku biarkan je...dlm 1/2 jam gitu..aku baru trsedar...diam je budak ni..mana lak dia pegi..skali kuar dr bilik je tgk dia dh takde kt ruang tamu..kelam kabut aku dibuatnya..cari merata tempat..dlm bilik air..dlm bilik stor..kt luar umah..mmg panik betul aku dibuatnya..dah le hubby takde..last2 aku cam trdngar sesuatu dr dlm bilik tgh...sekali pegi tgk...affiq tgh dok mencangkung dlm almari baju...dengan berpeluh2...nampak aku je terus peluk...
"affiq syang ibu...."
"affiq minta maaf"...
lega rasanya...hampir pitam aku dibuatnya...kesimpulannya lepas ni kna berhati2 klu nk marah dia sbb dia sudah pandai merajuk...


tengok le affiq...malu bila nak org suh berposing....
tapi bila dtg nakal mmg tak leh buat apa dah...

Aqiff lak asyik tergolek je....boleh tahan gak lasak ni..
kdg2 siap tarik2 rambut affiq tak nak lepas

Tgh dok cari abang dia yg hilang......



ni sup ayam untuk orang yang merajuk....
abis satu pingan ni affiq makan sbb penat sgt
dok dlm lemari tu....
lain kali jgn buat lg ye sayang....

RESEPI SUP AYAM BROKOLI

Ayam yang telah dipotong kecil
kentang potong memanjang
brokoli
carrot
suun
kiub pati ayam
bawang merah
bawang putih
halia
sedikit daun sup n daun bawang

Mula2 tumis le bawang putih,merah halia...pastu masukkan air
bila dah mendidih masukkan kiub pati ayam
pastu boleh masukkan ayam n kentang
bila dah hempuk boleh le masukkan
carrot n brokoli...
pastu masukkan suun
biar hingga mendidih
kemudian taburkan daun sup n daun bawang...

tu sup ayam cara aku le.cara org lain mungkin lain
...ada gak org tumis bawang tu kemudian..apa org ckp..tumis darat...
boleh je..ni sbb dah malas nak tumis kemudian...
blasah je tumis awl2...
affiq makan dengan berselranya.....


Kisah Hujung Minggu...

Ni kisah hari minggu yang lepas...pagi ahad tu dpt sms dari FIL cakap nak datang umah..nak makan tengahari kat umah kitorang..kebetulan FIL dah tdo smalam kt umah adik ipar di kulim..sepantas kilat aku bangun n terus ke pasar..dlm kpala otak ni tak terfikir pun nak masak apa sbbnya tak sangka pulak ayh n mak nak singgah makan tengah hari...Aku sebnarnya suka sangat orang datang umah..sejak pindah umah ni jarang gak org dtg umah..sampai je psr bru trfikir nk cari benda yg mudah masak dan org suka makan..apa lagi..ayam je la..org tua suka,bdk2 pun suka..pastu mesti ada ikan gak kan...fikir2 ikan yg snang siang ikan bawal..beli je dua ekor ikan bawal yg sederhana je n cukup utk 7 org makan..pastu beli sayur utk buat sup sayur kt budak2 ni.utk affiq n danish ..kemudian beli ikan masin n sedikit ulam..ayah mesti suka ikan ni..ikan belanak masin...
balik je pasar..hubby cakap nak kna p kelas..alamak..camne ni..cmne nak masak dengan dua orang bdk yg lasak ni klu takde org tengokkan diorang..tp takpe...try jugak le...kul 9 tu dah start siang ayam n ikan..sambil aqif dok bergayut kat kain...sampai kul 11.30 still tak siap lg..last2 mak n ayah n adik ipar (ita) pun dtg..terpaksa le tetamu tolong masakkn n abiskan keje2 yg blm selesai..sib baik mil ok n sporting..akhirnya berjaya gak siapkan smua mkanan..menu kitorang hari tu..ayam masak kicap,ikan bawal ,sup sayur,kepah(mil bawa) n masak pucuk asin2 mask lemak ngn suun...ingat nak goreng ikan masin,buat sambal n cicah ulam..tp dah tak sempat..lagipun MIL cakap dah banyak dah makanan ni..x yah buat le...dah ckup dah...dlm kul 1 kot kitorang pun menjamu selera...Alhamdulillah kenyang...lepas makan tu mak n ayah pun bertolak pulang ke sungkai..pada ita,thanks ye sbb tolong aritu...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...